Wednesday, June 22, 2011

Berguru kepalang ajar ...



Hari ini daku ada perbincangan dengan pelajar bahagian 6 mengenai Social Change. Mereka perlu membuat analisis terhadap sebarang fenomena yang berlaku dalam masyarakat yang memberi kesan langsung kepada mereka. Banyak yang salah daripada yang betul analisisnya. Tapi, tak kisahlah, mereka kan masih belajar.

Apa nak cerita sebenarnya?

Sebelum itu kami berbincang mengenai perkembangan bidang Development Administration (DA) mengikut eranya sehinggalah sampai ke era 90an, di mana perkembangan DA menganjurkan kepada penghasilan human capital yang bermutu. Dan, antara petunjuk human capital yang berkualiti adalah k-worker (daku tidak berhasrat untuk explain mengenai perkara ini dengan panjang lebar).

Secara berseloroh, daku bertanya kepada mereka, adakah mereka merasakan mereka itu sebahagian daripada human capital yang berkualiti? Tahukah mereka apa itu k-workers? Seperti yang diduga, tiada ramai yang tahu apa maksudnya. Maka, daku kata, k-worker tu stands for kambing, kolot-workers ... ketawa sajalah yang mereka tahu. Urghhh!

Tak apalah hal itu, tapi cuma anda semua tengok gambar di atas itu? Apa yang anda rasa?

Itu adalah nota yang ditinggalkan pelajar kepada seorang pensyarah - perhatikan ayat yang digunakan -- SILA HUBUNGI SAYA TENTANG PENGULANGAN MODUL -- dan ditambah dengan perkataan URGENT di atasnya - seolah-olah pensyarah itu yang nak mengulang daripada dia.

Pendapatku: PELAJAR INI TERLALU BIADAP!

Inilah social change yang berlaku sekarang - pada bentuk perhubungan manusia.

Seingatku, pada zaman daku belajar (1995 - 2000), zaman yang tiada FB, dan penggunaan HP pun masih di tahap awal, kami sangat menjaga tutur bahasa, biarpun untuk meninggalkan nota di pintu atau di notice board pensyarah. Teliti sungguh-sungguh perkataan yang mahu ditulis, kerana hormatnya kepada pensyarah tersebut (biarpun di belakangnya kami kutuk gila-gila punya). Sementelah pensyarah adalah foreigners, bersungguh-sungguh menulis nota yang grammar-error free - supaya pensyarah senang hati memenuhi apa yang kita, pelajar, ini mahu. Kita orang yang mahu meminta, maka, mintalah dengan hormat.

Tapi, yang terjadi hari ini? Senak perut, serabut kepala otak.

Apabila ditegur oleh pensyarah yang terlibat dalam hal ini (pensyarah call pelajar itu), pelajar biadap ini SMS kepada pensyarah tersebut:
"If you'd be kind as to forward a copy of the picture you took of the TWO (2) pieces of A4 paper that I wrote to via phone via MMS, I'd really apperiacite (sic) it. It's nothing personal. I just want to lodge a complaint on the service in UiTM. Thank you very much."

Sejuta kesimpulan boleh dibuat, bersetuju atau tidak. Bagiku, ayat-ayat Bung Karno adalah kesimpulanku:

"Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah, tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri."


Ya Allah, lindungilah anak-anak ini daripada segala kesulitan dan permudahkanlah segalanya. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesabaran yang tinggi dan hilangkanlah rasa jemu untuk terus mendidik. Amin.

8 comments:

Farah said...

Pelajar lebih berkuasa skrg. Boleh buat FB group bantahan terhadap pensyarah & direct forward kat Naib Canselor. Adakah social change bermaksud masyarakat makin biadap?

ajako said...

Sosial sangat budak skang ni peesha, time kita dulu malu2...hehe

Cik Peesha said...

Farah:
Kalau ikut definisi social change - it should something that bring along the benefits to society ... and biadap clearly the opposite of it la ... tapi, ada juga definisi yang mengatakan any changes that may alter any course of actions and events ... guess, memang satu change la tu ...

So, moral of story - fight or flight the change ... =)

Cik Peesha said...

Ajak:

Bukan sosial .. tapi soooo sial ... kdg2 macam pelik kenapa sampai begini sekali perbuatannya ... tak diajarkah? tak boleh berfikirkah? Senak la perut ...

. said...

waa. ini mesti sebab rasa diri dah terlebih dewasa. wonder siapa pelajar bertuah tu.

sakit pulak perut.

kaymalini said...

Miss, i always read your blog. tapi kan miss,nak tinggal comment kat sini pon segan. Terasa kerdil sangat diri ni.

tapi kali ni kena comment.
Terlalu biadap ni miss. if i were the lecturer, I amek notis tu,gumpal2,amek gambar gumpalan tu mms dekat student tu balik, caption gambar, 'Do not litter'.

Cik Peesha said...

Ruqaiyah:
Tak tahulah kalau dia memang begitu atau memang bengong tahap hampes ... Sedih banget!

Cik Peesha said...

Kartika:
Motip segan nak comment? Bukan selama ni you dah byk kali komen ke? OK je ..