Friday, January 21, 2011

Santai: Bila kebaikan tidak pernah wujud

Entri pertama!

Saat daku mula menulis ini, ada rasa yang tercuit, ada fikir yang membelit - namun, terima kasih kepada rasa begitu, daku boleh buat entri ... hehehe.

Daku tidak pernah menjangkakan bahawa bagaimana cara daku mengendalikan kelas membuatkan daku menjadi pensyarah paling teruk sekali. Selama 7 tahun di bidang ini, cerita geram-geram, marah-marah sayang dari pelajar terhadapku kerana daku suka 'mengusik' sahaja yang sering kudengar. Tapi, apa yang berlaku di permulaan tahun ini sedikit mengocak. Tidak menjejaskan, tapi bagai dikata, ada rasa tercuit sikit.

Daku rupanya tidak sedar perbuatan menegah pelajar daripada masuk kelas bila mereka lewat dariku, atau bertanyakan soalan semasa perbincangan dan menyuruh mereka melakukan kerja adalah perkara yang tidak digemari pelajar. Dan, bukan setakat itu, disebabkan melakukan perkara-perkara itu, daku adalah pensyarah 'garang nak mampos'!

Nampaknya, segala yang daku lakukan itu adalah perkara yang bolehlah daku ibaratkan sebagai perkara 'syok sendiri' - sendiri buat, sendiri rasa macam bagus. Kemungkinan besar, perkara-perkara itu faedahnya untuk daku sahaja, bukan untuk mereka. Daku buat kerja, kerana daku yang akan jawab final exam. Daku buat latihan elok-elok adalah kerana daku yang akan dapat diploma nanti!

Ketaranya mereka lebih suka kepada pensyarah yang tidak kisah apa yang mereka mahu lakukan. Yang mungkin tidak kisah kalau mereka tak buat kerja, yang tidak kisah untuk mereka datang ke kelas lambat, tapi bila tiba masa penilaian, markah setiap orang hampir 'perfect'.


Daku pernah diminta oleh seorang pensyarah lain supaya terus-menerus bersikap tegas kepada pelajar kerana katanya dia tidak boleh jadi sepertiku. Katanya lagi, oleh sebab pelajar-pelajar telah terbiasa denganku yang tegas, kerjanya jadi sedikit mudah.

Kutanyakan pada dia dalam nada gurauan, "Jadi, I ni kena jadi bad cop dan you get all the perks of becoming good cop?"

Dia tersengih sahaja - dan dia memang mengaku dia tidak 'sampai hati' nak marah pelajar.

Kembali ke cerita asal.


Pada sem ini, kelas dibuka dengan banyak supaya pelajar dapat belajar selesa dengan ratio 1:30. Namun, oleh kerana ramai yang fobia dan menyampah denganku, ramai yang mendaftar di kelas pensyarah pujaan mereka. Daku sememangnya tiada masalah. Yang menjadi masalah, apabila mereka memilih pensyarah yang mereka suka, jumlah dalam kelas akan menjadi tidak seimbang. Dan, yang affected bukan daku sahaja, malah semua yang mengajar.

Apabila rungutan ini tiba, daku bertindak meminta penasihat akademik (PA) masing-masing memasukkan nama mereka mengikut kumpulan asal mereka (pelajar-pelajar ini telah dibahagikan mengikut kumpulan semasa mereka mula masuk mendaftar). Maka, ramailah yang 'meroyan' kerana ada yang memang mahu mengelak daripada masuk ke kelasku at any cost. Sampai sanggup pergi menipu kepada PA bahawa sekiranya mereka mendaftar di kelasku, jadual mereka akan clash - sedangkan daku yang menyusun jadual mereka dan tersangatlah maklum mana yang clash dan mana yang tidak.

Dan, ada juga kes yang sms ku memberitahu sekiranya dia kena masuk kelasku, dia akan pergi berjumpa pengarah untuk buat rayuan kerana dia akan berasa tension belajar denganku. Kiranya sampai sanggup terjun bangunan daripada nak belajar denganku. Yang paling best, remark akhirnya berbunyi:

"Duk kelas miss susah nak skor ..."


Bila kusemak keputusan exam sem lepas pun, skornya setakat C untuk hampir semua subjek dan berstatus gagal untuk subjek ku.

Ada lagi yang menarik, bila ada rakan sekerja yang menyampaikan bahawa apabila diberitahu mereka harus tetap mendaftar di kumpulan kelas asal, memaki-maki namaku di luar bilik.
"Fisha punya pasal lah ni. Bangang!"


Maksudnya apa?

Segala kegagalannya akulah penyebabnya. Dia tak boleh skor, aku puncanya. Dia gagal, aku puncanya. Dia tidak pernah salah. Tidak pernah.

Sikap begini acap kutemui. Namun, paling ketara pada pelajar batch yang terkini. Pastinya aku juga penyumbang kepada kegagalan mereka. Tapi, menyalahkan aku sepenuhnya? Daku memang tidak akan punyai apa-apa pilihan dengan mereka.

Untuk pelajar-pelajar ini, daku halalkan apa sahaja yang daku tafsirkan ilmu kepada mereka. Daku doakan yang terbaik untuk mereka. Dan, andai akhirnya mereka 'masuk' ke kelasku, daku akan berikan apa yang mereka mahu - tidak akan tanyakan mereka apa-apa, tidak akan suruh mereka buat apa-apa dan tidak akan bertanggungjawab apa-apa dengan mereka.


Persoalannya, mampukah daku membiarkan mereka begitu?


Biarlah masa menentukan.


Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah, tapi perjuangan kamu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri! – Bung Karno

12 comments:

ajako said...

terima kasih cik peesha kerana menyambut cadanganku di wall fbmu...wah, baru kutahu betapa menyampahnya mereka kepadamu...takpe, budak2 datang dan pergi, cik peesha tetap berdiri sbg pensyarah garang...cayok, x sia2 uia antar ke kusza dulu kan?

El Ferdöwsi said...

Hanya satu kata. Lawan !

Cik Peesha said...

Ajak:
"wah, baru kutahu betapa menyampahnya mereka kepadamu" -- menusuk kalbu gila ayat mu itew!

Ya, aku tetap begitu .. nak caci, nak maki, itu hak mereka.

Doakan aku bertahan sahabat!

Cik Peesha said...

Firdaus:
Apa yg nak saya lawan? Melawan orang yang membenci saya? Saya akan biarkan saja kerana mereka memang tidak akan mahu saya membentuk mereka.

Dengan senang hati saya akan memberi apa yang mereka mahu kan ...

El Ferdöwsi said...

@ puan Fisha yg dihormati :

Maka sepertimana yang kamu telah ajar saya selama ini, it will defeat the purpose.

tujuan pendidikan adalah untuk menghasilkan mahasiswa yang kompeten, bukan si hamba pointer tapi seorang individu yang mampu berjaya secara praktikal. berjaya di dalam real life.

jangan kalah, cik pensyarah. Saya juga kadang-kadang tewas, pointer saya hancur, namun mana mungkin saya beralih arah untuk jadi hamba pointer.

Cik Peesha said...

Firdaus:
Kirakan begini saja percaturannya ... saya akan terus memberi kepada yang mahu menerima. Pada yang saya tahu akan mencampak dengan jijik pemberian saya, saya biarkan saja.

Beralah bukan mengalah. Tapi, saya juga tidak mahu mendukung apa yang Machiavelli cadangkan walaupun ada bunyi kebenaran di situ.

Kalau kamu sudi menerima, saya lebih2 lagi mahu memberi.

El Ferdöwsi said...

@ puan Fisha yg dihormati :

baiklah jikalau begitu. saya ucapkan terima kasih.

tapi perlu saya ingatkan sekali lagi, jangan tewas dengan permintaan mereka yang akan musnahkan diri-sendiri. dan jika tetap berkeras, berikan sahaja mereka markah tinggi dan mari kita lihat apa yang akan terjadi pada mereka suatu hari nanti. kemusnahan yang mereka pinta itu tidak jauh dari sini. tunggulah.

Cik Peesha said...

Firdaus:

Kamu terlalu ideal untuk sebuah kehidupan di zaman ini. Semoga kita semua dibekalkan Allah dengan rasa syukur yang berpanjangan. Amin.

husna said...

salam miss

x sangka batch baru mcm tue.....silap besar la mereka kalau berfikiran macam tue.....

apa pun...saya doakan miss kuat dan mampu bertahan menghadapinya.....=)

kaymalini said...

actually miss,dulu,saya adalah salah seorang pelajar yang kata 'janganlah fisha ajar'janganlah dapat kelas fisha'.

ni semua pengaruh mitos2 cakap2 orang,kata miss garang susah nak bagi markah.standet junior,suka sangat dengar cakap senior.bukan salahkan yang senior,salahkan diri sendiri,yang suka sangat percayakan benda fake dari mengalaminya sendiri.

btw miss, you are great.just stay with your style.im sure lastly,dieorang akan sedar,apa yang miss buat,xdelah garang pon.

Cik Peesha said...

Husna:
Persepsi orang itu kan pelbagai ... kalau dia terus nak rasa begitu tanpa mahu menyelam cerita sebenarnya, maka apa boleh i buat ...

Words of mouth memang powerful ... so, what to do ...

Anyway, thanks for your concern =)

Cik Peesha said...

Kartika:
Niat tidak akan membuatkan kita ini betul pada pandangan orang .. kerana niat bukanlah sesuatu yang nampak ...

Satu perkara yang buat kan I bersyukur sangat, kerana Allah berikan I rasa untuk tak ambil kisah atas cakap2 sesetengah manusia ... maka, apa yg students nak cakap, nak cerita, nak mengata, tak menjadi kudis pada i ... kalau i ada istimewanya, maka depalah yang rugi ...

Thanks for your words =)