Wednesday, December 08, 2010

Santai: Yang Pertama selalunya istimewa ...

Oh, sudah hampir penghujung tahun rupanya ... Tahun yang paling tidak prolifik untuk tujuan berblog! Entahlah, tak tahu ke man perginya keinginan dan kemahuan itu. Mungkin akan kembali di tahun hadapan atau ... apa-apa sajalah.

Bukan mood yang hilang yang mahu daku ceritakan ... tetapi satu kegembiraan dalam takat kehidupan. Kehidupanku dan pastinya kehidupan mereka. Kisah kejayaan menamatkan pengajian.

Rasanya semua orang tahu bahawa Disember 2010 adalah tarikh bersejarah buat kampus UiTM Terengganu kerana telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan Istiadat Konvokesyennya sendiri (yang sebelum ini diadakan saban tahun di kampus induk). Dan, buat diriku, satu pengalaman manis kerana berkesempatan turut sama menjayakan peristiwa ini. Satu sejarah pastinya.

Biarlah mungkin secara tidak langsung, kesempatan berada di situ, meyaksikannya dan merasainya adalah sesuatu yang sangat sentimental. Perkara-perkara remeh begini kadang-kadang selalu kita terlepas pandang kerana kita lebih menumpukan kepada perkara besar yang menyedih dan menyusahkan ...



Dan, ini, adalah sebahagian daripada kami yang menumpang kegembiraan mereka. Gembira kerana kami adalah cebisan-cebisan yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan mereka. Kiranya positif yang diambil kira, maka, jadilah mereka seperti yang kami inginkan. Andai negatif yang ditimbang-timbang, kami langsung tidak punya makna.


(L-R) Mohd Asyraf Mohd Nasir, Aminuddin Zahil Ahmad, Nurfatihah Alias, Siti Ruqaiyah Othman, Cik Siti Marina Amit, yours truly, Mohamd Nor Azhar Noor Mohamed dan Mohd Basith Md Roni
(DPA July 07 - Apr 10)


Ini adalah sebahagian daripada mereka yang diraikan. Betapa gembiranya mereka. Merekalah pelakar sejarah pertama ini .. dan seperti selalu, yang pertama selalunya istimewa. Sememangnya mereka istimewa dalam cara mereka sendiri.


My dearest students,
With this education, you may become whatever you heart desire .. and this what scares me!


Signed:
A proud lecturer

7 comments:

ajako said...

Ah, cik peesya bersentimental, kerna dia punya ruang untuk merasainya, tahniah puan...

Cik Peesha said...

Ajak:

Cepat sungguh kamu respond ya! Terima kasih sahabat ...

Ia ibarat kebanggaan seorang ibu melihat anaknya berjaya [aiseh ... tetiba aku tersa aku sudah nak pencen ...] ...

Begitulah cantiknya naluri ciptaan Allah ini ..

kaymalini said...

oh miss, those pictures, buat saya rasa nak berkonvo di uitm dungun juga.

Cik Peesha said...

Kartika:
Malangnya untuk MA + PhD won't be conducted in branch campus .. =p

Alin Ahmad said...

Fisha : ur last sentences i masih ingat u bg kat i kat kad graduation LLB kat.. a cute card w small roses riben kat atas card tu..

Alin Ahmad said...

eh! correction '.... w a small rose riben.." :)

Cik Peesha said...

K.Lin:
Yeah, good ol day masa haku masih rajin untuk benda2 cute dan kecik2 tu ... Nape sekarang ni malas tak hengat ... I miss my old self! Really