Wednesday, May 27, 2009

Emosi: Perlukah aku ....?

Adakah ini kesan psikologi atau apa?

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini daku diterpa perasaan 'hilang minat'.
Hilang minat itu bukan pada kerjaya, tetapi kepada subject matter yang sedang daku ajar. Daku rasa bosan dengan politik. Daku rasa mindaku tepu untuk membuat sebarang analisis untuk setiap fenomena politik yang berlaku. Daku mula rasakan apa yang kebanyakan orang rasa mengenai politik. I've lost my interest ... absol ... oh no ... not yet ... tapi memang dah ke arah itu.

Ada orang kata ... dalam hidup ini timbangkanlah perkara-perkara ini sebelum bertindak:


What I like vs. What I know;
What I know vs. What I could
;
What I could vs. What I should.

So, should I resign? Should I go? Should I do something else?

I'm not so sure what I'm really good at ... urghhh!

Well, untuk dikau di luar sana ... inilah realiti kehidupan.
Ada masa dikau akan rasa kehidupan sangat teruk dan perlu ditamatkan segera .. err ... bukan bunuh diri ... tapi tamatkan keadaan yang teruk itu!

Am I suffering from burnout? I think so.

and I think, I need 'kit kat moment' right now.

.. sigh!

Sunday, May 10, 2009

Santai Serius: Jangan Bilang Tidak

Ini bukan berkenaan tajuk lagu ya …

Daku menjadi pensyarah belumlah lama. Tahun ini baru tahun ke-enam. Namun, sepanjang enam tahun itu, banyak sudah yang daku lihat, rasa dan alami. Dan, semua pengalaman itu menjadi acuan untuk apa yang daku lakukan hari ini.

Teringat masa mula-mula masuk kerja, banyak kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki diserahkan kepadaku. Dari perihal menyusun jadual, menulis laporan, menjadi pengiring lawatan pelajar, menjadi AJK Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainyalah. Ibarat kata si Labi dalam filem Labu Labi: “Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja.”

Begitulah keadaannya. Kesemua itu diterima dengan sepenuh hati – walau ada rasa mahu memberontak disebabkan tekanan kerja, amanah tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Namun, dalam masa yang sama, ada satu rasa yang sukar diungkapkan kala kerja-kerja itu mendapat pengiktirafan dari pihak tertentu. Terasa mahu selamanya menyumbang kepada institusi ini. Dan, kukira, itulah yang menerbitkan komitmen untuk lebih memberi.

Tambahan, menyedari bahawa daku adalah orang baru, di tempat baru, daku cuba mengambil resam, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak (daku suka tambah: masuk kandang babi, menyondol :p). Bukanlah mahu menunjuk rajin, cuma ada rasa mahu merasai kerja-kerja berpasukan itu.

Selepas enam tahun, daku menyaksikan pensyarah lama yang bersara dan kehadiran pensyarah baru yang muda cergas, daku mengesan satu fenomena yang daku rasa sedikit tidak kena. Apa dia?

Terdapat pensyarah baru yang terang-terangan menolak sebarang bentuk jawatan yang boleh dianggap menyumbang kepada universiti – hanya kerana jawatan itu tidak berbayar dan jawatan itu memerlukan dia memberi komitmen yang lebih di luar tugas hakiki. Yang mahu dipentingkan bagaimana mahu naik pangkat dengan cepat dengan banyak menulis dan membuat penyelidikan. Bukan sedikit kes, bila dipilih menganggotai jawatankuasa tertentu, muncung bibir boleh diikat buat penyangkut baju. Membentak-bentak tidak mahu. Tapi, kala mengisi SKT, tiba-tiba muncul segala macam aktiviti. Hairan juga daku. Tapi, berbaik sangka sajalah. Rezeki dia kot.

Ya, daku akur, penulisan dan penyelidikan terlalu penting untuk perkembangan karier seorang pensyarah. Namun, memberi sedikit sumbangan kepada institusi kita bekerja tanpa mengira ada bayaran atau tidak, daku kira adalah satu bentuk social responsibility – lebih kurang bermaksud – orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Penulisan dan penyelidikan akan memberi manfaat kepada kita sahaja (manfaat daripada penulisan dan penyelidikan kepada orang lain itu, lain cerita) maksudnya, kalau banyak tulisan dan penyelidikan, cepatlah kita naik pangkat. Dan, pangkat itu selalunya dinikmati oleh kita sahaja. Apa pula kisahnya dengan memberi khidmat lebih daripada yang diminta?

Tidakkah kita terasa mahu berjasa kepada institusi yang membuatkan kita mendapat pangkat?

Tidakkah kita mengira bahawa banyak peluang yang telah disediakan oleh institusi supaya kita boleh menggapai cita-cita kita?

Semua itu adalah pilihan. Dan, sememangnya daku suka mengulang frasa, hidup adalah pilihan. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Yang ada hanya pilihan demi pilihan. Kalau mahu bilang tidak, itu juga sebuah pilihan, bukan?


"You only live once, but if you do it right, once is enough" – tak ingat siapa yang kata ..

Saturday, May 09, 2009

Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Hahaha.

Setelah sekian lama, daku seakan baru teringat yang daku mempunyai se'bidang' blog yang perlu kuusahakan. Dan, setelah sekian ketika, kini daku akan kembali mengerjakannya.

Demam peperiksaan dengan rasminya tamat semalam - 8 Mei 2009. Namun, demam pasca-exam itu belumlah habis. Tapi, bagi diriku, Alhamdulillah, semunya telah dibereskan. Walau sedikit kecewa dengan performance pelajar, daku masih boleh tidur lena. -- Ya, bagi pelajar yang membaca blog ini ... untuk subjek DA, kelas A, 12 orang failed. Kelas B, 4 orang. Kelas C, 2 orang. Dan, kelas D, 11 orang. Sesiapa yang terasa mereka tergolong di dalam golongan berikut, sila bersedia untuk sub-paper yang peperiksaannya akan diadakan pada pertengahan Jun nanti. Atau, sediakan duit untuk re-check sekiranya dikau rasa daku tidak meneliti kertas jawapanmu dengan sebenarnya [sepatutnya perkara ini tidak boleh diwar-warkan kerana belum rasmi ... namun, selagi pihak-pihak tertentu remain anonymous, daku rasa berita ini OK saja.]

Oh ya, daku tidaklah mahu berceloteh panjang untuk 'entri kembali' ini. Namun ada 2-3 perkara yang kukira sebagai snippet untuk entri akan datang mahu kucatatkan di sini. Antaranya:

  • Jangan bilang tidak.
  • Siri Diajar, Mengajar dan Belajar.
  • Lebih memberi, lebih yang kamu terima.
  • Cinta Hati Saya.
  • Mahu Ikut?

Apa cerita semua itu? Rahsia lah.

Mana boleh diceritakan lagi. Nama pun snippet.
Sekurang-kurangnya untuk memberitahu dikau bahawa daku masih aktif dan OK untuk mengerjakan blog ini. Dan, memberi kepastian bahawa dikau tidak perlu merindukan daku keterlaluan kerana daku masih berada di sini [jangan nafi, daku tahu dikau itu .... :p]


Sampai jumpa lagi.

Wassalam




P/s: Pada 1 Mei yang lalu, genaplah setahun usia blog ini. Daku berdoa semoga daku akan sentiasa mampu untuk memeliharanya untuk setahun yang akan datang. InsyaAllah.