Wednesday, January 14, 2009

Serius: Kerana aku pensyarahmu

Dikau tentu maklum mengenai hadis Rasulullah SAW: "Setiap sesuatu amalan itu tergantung di atas niat pelakunya."

Maka, apabila daku menukar orientasi membuat assignment di paper kepada blog, daku berniat untuk membuatkan pelajar-pelajar dapat mencuba sesuatu yang baru serta dapat juga meluaskan ruang lingkup pemikiran mereka ... Tiada lain maksudku ... memang hanya yang itu.

Namun, apabila ada yang mempertikaikan mengenai gred yang daku berikan pada setiap entri tugasan mereka, termenung daku seketika.

Ada yang tidak berpuas hati apabila ada kumpulan yang mendapat A untuk entri yang mereka rasa jawapannya sangat biasa dan tidak setanding jawapan mereka. Malah, lebih teruk, mereka saling kutuk mengutuk di blog mereka - tentunya menggunakan gelar "anonymous" itu.

Pada mulanya, daku merasakan yang daku tidak perlu memberi justifikasi atas setiap gred yang diberikan kepada tugasan mereka. Namun, sedikit penjelasan to clear the air mungkin perlu.

Pelajar-pelajar,
Sememangnya ada ketika kamu merasakan jawapanmu sangat bagus ditambah dengan semua fakta yang kamu lampirkan bersama. Tapi, yang harus kamu ketahui, cara kamu menyusun idea berdasarkan maklumat yang kamu ada adalah lebih utama.

Pasti kamu sudah hafal kalimah yang selalu kuulang-ulang itu:
"Jawab ikut apa yang soalan tanya, bukan jawab ikut apa yang kamu tahu."


Itu kuncinya. Menjawab mengikut soalan dan didasarkan dengan pengetahuan yang kamu ada sebenarnya adalah strategi yang terbaik.

Lagi, jangan kamu kira jawapan yang baik daripada kamu, boleh membuatkan daku merasa perkara yang sama apabila membacanya.

Bagiku,
jawapan yang baik adalah jawapan yang bersifat menerangkan kepada pembaca. Jangan kamu fikir, kamu tidak perlu menyusun idea dan kata dengan wajar hanya kerana pensyarah kamu seorang yang berpengetahuan.

Tidakkah kamu tahu, apabila daku menilai jawapanmu, daku telah 'menghilangkan' segala pengetahuanku untuk subjek itu, hanya kerana daku mahu 'belajar' sesuatu daripada pengamatanmu? Maka, sesiapa yang boleh membuatkan daku berasa 'faham dengan sebenar faham' mengenai apa yang mereka katakan, apakah tidak layak mereka mendapat gred yang baik?


Dan lagi ... keseluruhan persembahan kamu bukan sahaja dinilai pada entri yang kamu tulis itu, tetapi participation kamu di kelas juga. Maka, dengan sebab itu daku letakkan "Grade for the day" dan bukannya "Grade for the entry". Daku seboleh mungkin menjadi seorang yang tidak dianggap pilih kasih. Namun, kira di akhirnya, kamu tetap merasakan demikian, apa boleh daku buat. Selebihnya, kumohon keampunan andai begitu terserlah ketidakadilanku di matamu!

Kesimpulannya -
pastikan bila menjawab, susun idea dan kata-kata supaya pembaca senang mengenal pasti apa yang kamu maksudkan. Jangan membiarkan pembaca perlu "membaca di antara baris" - kerana prinsip itu terpakai bila kamu malu untuk meluahkan perasaan saja. Lebih cepat pembaca faham dengan penyampaianmu, lebih baik. Dan ingat, kamu bertanggungjawab memahamkan pensyarah kamu yang ini, bukan sesiapa yang lain. Kalau orang lain mengomel mereka tidak faham, itu masalah mereka ...

Kerana daku ini pensyarah, daku lebih tahu siapa dirimu di mataku.

Dan, oleh kerana daku pensyarah,
usah gusar dengan kehadiran "minda-minda kelabu'" yang sentiasa akan datang dan pergi sesuka hati.

Dan, oleh kerana daku pensyarahmu,
memahamkan daku, itulah perkara utama yang kamu perlu.

Ingat tu!

2 comments:

fighting!! said...

salam.hye miss..kami akan cuba memahami dan buat yang terbaik untuk Subject ni..we hope for your prays and blessings.thanks for your effort in teaching us..bYe2

Cik Peesha said...

ape ape aker:
Hopefully.
I've nothing much to ask ... just pass the subject, and soar high in watever you do.

Good luck