Wednesday, January 07, 2009

Santai: Saya rasa sangat 'gay' hari ini ...!

Hah, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Gay kan maksudnya gembira. Maka, ayat itu boleh dibaca - daku rasa sangat gembira hari ini. Bermain dengan kata-kata ini seronok, tahu?

Kenapa daku berperasaan begini?

Untuk seorang pendidik (ewah!), apabila pelajar memberi respon yang sangat baik di dalam kelas, aktif dan berlumba-lumba menjawab - tak kira salah atau betul - itu adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Ia membuatkan kedua-dua belah pihak - guru dan pelajar - berasa pertemuan di kelas itu sangat bermakna.

Daku perlu membuat acknowledgement - kelas itu adalah kelas AMD6PC.

Bukanlah daku bias atau pilih kasih, tetapi yang patut dipuji, harus dipuji. Dan, daku memang mahu memuji mereka. Sepanjang hampir 2 jam, banyak soalan yang ditanya, point dilontarkan, ketawa-ketawa, dan keberanian mereka yang tidak pernah menjawab sangat terserlah.

Harapnya ia bukanlah sekadar spur of moment ... tetapi berterusan sampai ke akhirnya.

Untuk mereka yang membuatkan daku berasa gay hari ini ... daku rasa mahu lebih memberi.

Nak bagi apa?

Dikau ada idea?

5 comments:

nj said...

peesha...ok la tu...
keep it up...till the end of semester...and enjoy urself.

perantau.tt said...

hehe.. tak nak mai sini ke ngajar.. dah ramai lecturer msia kat sini nih.. esp bidang teknikal

kaymalini said...

huhu..im also gay for u.

Cik Peesha said...

NJ:
InsyaALlah.

Azral:
Pi sana buat apa? Technical isn't my niche la cek oi... Lagi satu, dengaq habag, pompuan x leh bebas merdeka di sana .. betui ka? Tu yg ngeri tu ... ngee .. ngee...

Kartika:
Thanks for 'gay'ing for me :=P

grOup4 amD6pC said...

hyee miss.. kami dah siapkan tugasan yg miss beri ptg td.. Kalau miss perasan, perbincangan ptg td tidaklah sehangat minggu yg lepas. Ini kerana kami rasa semangat individu itu kurang. Kami lebih selesa jika dpt berbincang di dalam kumpulan. APE2 PON, kami redha jer setiap ape yg telah di tetapkan oleh miss.. AHAKSSS!! Bye miss.. MMMMuuuaaaahh!!