Wednesday, July 23, 2008

Santai: Faham tak kalau begini?

Hari ini daku mengajar kelas 5C … kelas yang mempunyai 29 orang pelajar perempuan, dan seorang pelajar lelaki. Oleh kerana hanya dia satunya kumbang di kelasku, dia selalu dikesampingkan sahaja. Sementelah dia selalu membuatkan kehadirannya serupa invincible, maka daku selalu terlupakan dia. Namun, bukan dia yang mahu kuceritakan …

Hari ini kami berbincang mengenai “Attitudes” – segala-galanya mengenai Atittudes. Dan, kemudian kami berbincang mengenai “Commitment”. Untuk menerangkan maksud komitmen dalam konteks organisasi memang mudah, namun pelajar mungkin tidak berapa nampak maksudnya kerana manalah mereka biasa dengan keadaan organisasi.

Dan, oleh kerana daku juga hanya secara teorinya sahaja memahami maksud organisasi, daku agak khuatir bagaimana untuk menerangkan keseluruhan konsep komitmen itu. Mujur juga daku dapat idea begini:

“Organizational commitment refers to the employee’s emotional attachment to, identification with, and involvement in a particular organization” – itu yang tertulis pada slide presentation.

“There are three indicators of commitment – emotional attachment to, identification with, and involvement in a particular organization i.e. support and acceptance. Let me give you this example:"

“Do you know what is emotional attachment is?” tanyaku.

“No …” seperti biasalah tu.

“OK, just imagine, you admiring a guy. But, whenever confronted by your friends, you’re constantly in denial of admiring him. However, every time you saw him talking to the other girls, you couldn’t contain your jealousy. That’s what we call emotional attachment.”

“Oooo .. heheheh …” bulat mata mereka kalau dibagi contoh begitu.

“As for the identification with, imagine this. How would you feel if your boyfriend keep repeating in front of others that both of you just “teman tapi mesra”?” – Daku mengusik.

“Tak suka la Miss .. teruknya boyfriend begitu …” mereka membalas.

“Aa .. then, if your boyfriend keep saying that, talakkan dia. He suppose to say with gusto that you’re his girl and he’s proud of you. Then, baru hidup you lebih bermakna .. betul tak?” daku membuat kesimpulan.

“Betul … betul …”

“And the last part is, involvement. Involvement could be in various form – support, acceptance and others. Simple example, your boyfriend will support you everytime you had netball game or practise and he never feel ashame of doing that. In that sense, we can say, his commitment to you is firmed. Then you can marry him ..”

“Whooaaa …”

“Any questions?”

“No … “ semua nampak macam faham belaka.

“So, my last advice, if you’re considering of marrying someone, and want to measure his commitment, just use these three indicators. If he pass the test, then marry him …”

Balik dari kelas daku tersenyum sendiri. Terasa lucu pula memberi contoh begitu. Tapi, ok apa buat begitu … sekurang-kurangnya mereka boleh relate dengan keadaan semasa dan benda yang berlaku di sekeliling hidup mereka.

Dan, daku selalu percaya, setiap benda yang kita boleh relate, lebih mudah kita faham. Moga kepercayaan ku ini ada asasnya.

Sunday, July 20, 2008

Emosi: Saat tersedar II ...

Ada seorang tamu meninggalkan pesanan begini:

Bosan ke? Sudah bosan dengan apa yang anda lakukan sekarang? Mengajar subjek sama seumur hidup? Itu bukan tujuan utama sebagai pensyarah. Apa lagi...tanamkan azam untuk menyambung ke PhD dan terokailah sesuatu yang baru dan yang boleh dimanfaatkan untuk semua...Dengan tahap kerja yang anda tunjukkan sekarang, anda akan berjaya menempuhi alam PhD annti...InsyaAllah.


Daku sebenarnya terkesan pada ayat “itu bukan tujuan utama sebagai pensyarah” – tapi, mana satu maksudnya? Mengajar bukan tujuan pensyarah atau mengajar subjek sama seumur hidup bukan tujuan pensyarah?

Apa pun maksud tetamu itu, daku hargainya.

Namun, menjejaki saranan untuk PhD, daku rasakan itu satu jejak bertapak yang tapaknya belumlah lagi menginjak mana-mana tanah. Masih terawang-awang. Kalaupun itu tujuan pensyarah, mendaki habis tangga akademik memperolehi PhD., daku kira, daku mungkin terpaksa memilih untuk tidak melakukannya.

Adakah daku selesa dengan keadaan sekarang?

Adakah daku cukup dengan apa yang daku perolehi?


Mungkin ada pembaca yang boleh mengesani aura negatif yang banyak sinarnya di layar blog ini walaupun seharusnya daku tak wajar berbuat demikian. Tapi, inilah hakikat. Untuk mengeluarkan seluruh kecintaan buat sesuatu yang pernah kita benci adalah langkah yang sangat besar. Daku tak pasti sampai ke tahap itukah cintaku terhadap bidang ini.

Daku masih mencari-cari jawapan. Kutanya akal, ada jalur putih di hujung terowong yang membuatkan akal mahu daku mendapatkan PhD itu. Kala kutanya hati, hati berbelah bagi – PhD hanyalah suatu pengiktirafan manusia yang mungkin akan daku perolehi bila daku bekerja mendapatkannya. Dan, memenuhi pengiktirafan manusia menuntut pelbagai perkara lagi. Selepas PhD nanti, apa pula? Dan, hati sangat yakin bukan itu mahuku.

Atau, patutkah daku membiarkan masa menentukan, walaupun daku tak pernah pasti sama ada masa berperanan begitu?

Hmmmm …

Tuesday, July 15, 2008

Santai: Persediaan ke Kelas

Ikmal, seorang sahabat blog meminta daku menulis sesuatu mengenai persediaan mengajar. Ala-ala tips dan resipi gitu, maklumlah, dia juga bakal menjadi seorang pensyarah. Mana tahu kalau-kalau dikau termasuk ke kelasnya nanti ... daku lebih suka menganggap apa yang bakal daku tulis ini sebagai idiot guide kerana yang menulis inipun masih terlalu banyak kelemahannya dan idiots nya.

Perlu kunyatakan sekali lagi, segalanya bermula dengan kebetulan. Namun, ada satu kebetulan yang paling betul adalah daku tidak pernah mengajar. Tidak pernah! Daku tak punya kesabaran untuk mengajar. Adik-adikku tiada yang tahan belajar denganku kerana daku memang rimas dan lemas dengan orang yang lambat memaham. Cepat saja tanganku akan naik ke kepala mereka, sama dengan mulut membebel. Sama jugalah kalau berbual, sekiranya rakan berbualku bertanya lebih dari 3 kali pun daku sudah rasa melenting, ini pula nak memahamkan orang! Ughh ...

Bagaimana daku bersedia untuk mengajar?


Masih kuingat lagi, subjek pertama yang diberikan kepadaku pada semester pertama adalah Introduction to Management. Subjek yang relatifnya mudah. Tambahan pula untuk peringkat diploma. Namun, oleh kerana daku tiada background mengajar, maka, daku simpulkan, mengajar pasti seperti membuat presentation sahaja. Kita bercakap, menerang, dan paling tidak segala penerangan perlu ada sokongan data yang reliable. OK, kukira konsep penyampaian pengajaran sudah selesai.

Kemudian, timbul masalah, apa yang mahu diajar? Yang terbentang di hadapanku hanyalah selampir kertas yang terkandung segala macam topik dan dibahagikan mengikut pecahan bab masing-masing. Daku renung semuanya, ada sesetengah bab daku memang maklumi, dan sebahagian besar yang lain bagaikan bahasa Greek kepadaku. Kelas sudah mahu bermula esok dan lusa. Daku ketiadaan bahan! Bagaimana? Dilema pensyarah baru.

Mahu tak mahu, hari atau malam sebelum kelas, daku perlu menelaah banyak perkara. Setimbun buku yang dipinjam dari perpustakaan dan sedikit nota lama semasa daku belajar. Paduan kedua-dua sumber ini membuatkan daku yakin daku boleh memulakan kuliah.

Permulaan mengajar, dengan nature subjek yang tidak berapa kita maklumi (kita pernah belajar subjek itu, tapi mengajar?), kita mungkin akan berdepan dengan beberapa masalah. Pertama, sekiranya kita masih terkial-kial memahami sesuatu topik, mungkin pelajar juga akan susah memaham.

Tips nya: Take one step at one time.

Tak perlu nak sampaikan syarahan untuk setiap perkara. Dan, trick mudah: sekiranya dikau sendiri tidak faham tajuk tersebut, jadikan tajuk tersebut sebagai aktiviti pelajar. Maksudnya, dikau mungkin boleh membuat satu siri soalan berkenaan tajuk tersebut, dan berikan soalan itu kepada pelajar. Suruh pelajar mencari maklumat, dan kemudian suruh mereka bentangkan di dalam kelas. Dalam kes ini, dikau menganjurkan win-win situation. Pelajar mencari maklumat, dan mereka lebih faham, dan dikau juga ada lebih masa untuk belajar. Syarat utama trick ini – dikau harus sekali menyertai aktiviti ini dan kemudian apabila pelajar membentangkan carian mereka, dikau patutnya boleh memberi input yang lebih daripada pelajar. Gunakan kemahiran memanipulasi fakta sebagai senjatanya. Boleh?

Masalah lain, kemungkinan pelajar akan bertanyakan soalan kepada kita apabila kita mengajar. Dan, lebih malang, kita tak punya jawapan yang pasti untuk soalan tersebut.

Tips: Berlaku jujur.

Beritahu pelajar yang kita tak berapa pasti dengan persoalan tersebut, namun, berikan kepastian kepada mereka bahawa kita akan mencari jawapan untuk soalan-soalan itu. Jangan mungkir janji! Pastikan, soalan itu dibincangkan pada lain ketika, supaya pelajar dapat memahami bahawa kita bersungguh-sungguh untuk memberikannya ilmu.

Namun begitu, pensyarah tidak wajar menyatakan ketidakpastian pada setiap soalan pelajar, dan sering meminta tangguh untuk memberi jawapan di lain masa. Kenapa? Kerana, ini akan membuatkan pelajar menganggap pensyarah tidak berpengetahuan atau sememangnya pensyarah tidak layak mengajar subjek tersebut. Kredibiliti harus selalu dipelihara.

Juga, pensyarah perlu memastikan sama ada soalan pelajar adalah genuine ataupun tidak. Ini kerana, ada sesetengah pelajar yang perasan dirinya bijak, selalu saja mahu menguji pengetahuan pensyarahnya. Sekiranya berdepan dengan pelajar begini, jadikan soalannya sebagai senjata untuk melawannya semula.

Kunci utama, pensyarah perlu peka dengan pelajar. Dan, pensyarah perlu belajar untuk menjadi kreatif dan cepat dan ligat berfikir. Daku kira, pengalaman akan mendewasakan kita. Pada awalnya mungkin agak sukar, namun, lama kelamaan insyaAllah, perkara ini akan dapat diatasi.

Daku kira, cukup dulu setakat ini. Kita akan sambung kuliah di lain ketika.

Selamat menjadi pensyarah.

Sunday, July 13, 2008

Santai: Kelas kami

Hari ini hari ‘betul’ kuliah kerana daku sudah memulakan lecture. Tapi, ada cerita spoilt – daku salah masuk kelas! Mujur juga lecturer yang mengajar tengah membelakangkan pelajar menulis di white board. Kalau tidak, harus malu daku ini!

Masuk ke kelas, daku rasa rimas, kerana kelas teramat penuh. Hingga ke belakang. Bila kelas penuh, tumpuan memang sukar, dan fizikalku juga terpaksa bekerja lebih – kerana lontaran suara harus kuat, dan bernada tegas. Namun, ada juga ‘kutu-kutu’ di belakang kelas yang tidak segan silu berkuliah kala daku seperti menyanyi soprano di depan. Makcik pun, apa lagi, terus lagi soprano sambil berkata: “Do you have problem with my lecture? If you do, please leave this class immediately!”. Baru aman sikit.

Kemudian, sampai ke lecture. Bila bagi lecture, sekarang ini menggunakan power point, dan kita pun tahu, literally, power point – inserting only the ‘power’ point and not the whole note. Namun, cara ini paling tidak digemari oleh budak-budak ni. Daku pulak terkenal antara yang memberi lecture serupa shinkansen … Rasakan! Bukannya apa .. niatku murni, supaya budak-budak ni belajar berdikari … University life suppose to be like that … bukan menganga sampai masuk langau. Kalau asyik nak menunggu disuap, percayalah dikau akan terlepas satu keseronokan belajar …

Hari ni juga berkuliah sampai almost 2 hours … (selalu tu lagi cepat habis … hihi). Lepas kelas, suara daku hampir hilang. Penatnya!

Menyampaikan ilmu itu satu kepuasan. Tambah puas bila audien lebih faham. Terasa begitu berharga.

Namun, fahamkah mereka semua?

Saturday, July 12, 2008

Emosi: Saat tersedar ...

Hari ini setengah hari di office. Perancangan mula mahu buat sedikit study untuk kelas esok. Namun, lain pulak yang jadinya.

Tapi, hari ini, ada sesuatu yang membuatkan daku terfikir sendiri.

Untuk tempoh 10 semester dalam 5 tahun ini, boleh dikatakan daku mengajar subjek yang sama sahaja. Bukan tak mahu mencuba mengajar subjek lain, tapi, banyak sangat halangannya. Lagi pula, bukan banyak sangat pilihannya dan bukan semua yang kita minta akan dilayan oleh KP. Ya lah, orang lain pun ada preference nya juga.

Daku tertanya sendiri – adakah dalam tempoh beberapa tahun lagi begini juga keadaannya? Mengajar benda yang sama? Cuma pelajar yang berbeza?

Daku perlukan perubahan.

Sebelum tiba pada keadaan itu, daku perlukan sesuatu.


Perlukah daku menunggu hingga jemu?
Mungkin tidak, kerana daku ini boleh sahaja bekerja dan melakukan sesuatu yang menjemukan. Serius!

Sudah sampai masanya kah daku berhijrah?

Daku bingung. Daku masih di situ. Kerja daku satu pun tak menjadi hari ini. ***sigh***

Sunday, July 06, 2008

Santai: Back to School - Back to Square One


Ahad – 6 Julai 2008. Hari bekerja untuk kami di pantai timur. Tiada masalah.

Esoknya, Isnin, 7 Julai 2008. Resah memikirkan hari itu.

Kenapa?
Kerana, kuliah sudah bermula! Dan, Daku masih tidak bersedia untuk tujuan itu. Mental dan fizikal. Rasa penat masih bergayut. Serasa baru semalam daku habis menyelesaikan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester lepas, dan esok sudah bermula semester baru!

Apapun ... Welcome to the new semester ... Good luck y'all!

Tuesday, July 01, 2008

Serius: Bicara pra-Peperiksaan ... part 2

Itu masalah soalan. Masalah lain, adalah masalah dengan vetters (vetter is to subject somebody or something to a careful examination or scrutiny, especially when this involves determining suitability for something). Selalunya vetters adalah dari kalangan pensyarah senior di fakulti. Dan, setiap kod / subjek memerlukan sekurang-kurangnya 2 vetters. Masalah timbul apabila vetter 1 dan yang kedua tidak sependapat. Lebih haru, kalau ada vetter yang tidak mempercayai kerja vetter selainnya. Haru dibuatnya. Yang menjadi lebih derita, resource person lah.

Bila dah di vet set itu, pembetulan perlu dilakukan dengan mencetak semula keseluruhan set (soalan dan skima) walaupun kesalahan yang dibetulkan itu hanyalah tertinggal titik, atau tidak berselang para. Pembaziran yang sangat amat membazir (perhatikan ayat penguat tu ..).

Satu lagi masalah adalah dalam penentuan arahan soalan (penggunaan Discuss, Elaborate, Analyse etc.). Jangan ingat semua soalan boleh menggunakan arahan “discuss” sahaja atau “suka-suka hati menggunakan “elaborate”. Mesti tahu apa kehendak. Bloom’s Taxonomy adalah rujukan. Lagi sekali, perkara ini bukanlah masalah besar, namun, apabila vetters sendiri tidak dapat menentukan “darjah” penentuan arahan soalan itu, resource person yang akan merana. Hari itu daku hampir bergaduh dengan vetters kerana arahan “Elaborate”. Mulanya dia menyatakan bahawa “elaborate” boleh digunakan untuk semua soalan 25 markah atau 10-15 markah, kecualilah yang bernilai 5 markah. Apabila daku menggunakan arahan itu pada soalan 10 markah, tinggi suaranya menegurku. Makcik pun, ambil buku nota, dan hidangkan pada dia. Terdiam. Mujur juga dia mintak maaf. Kalau tidak … pasti daku ‘erk’ kan dia (macam la berani sangat!).

Well, banyak perkara di dunia ni yang nampak mudah dan kita selalu beranggapan yang kita juga boleh melakukan sekiranya kita adalah orang itu. Namun hakikatnya selalu berbeza, kan?

Semoga dikau akan lebih mengerti.