Wednesday, December 08, 2010

Santai: Yang Pertama selalunya istimewa ...

Oh, sudah hampir penghujung tahun rupanya ... Tahun yang paling tidak prolifik untuk tujuan berblog! Entahlah, tak tahu ke man perginya keinginan dan kemahuan itu. Mungkin akan kembali di tahun hadapan atau ... apa-apa sajalah.

Bukan mood yang hilang yang mahu daku ceritakan ... tetapi satu kegembiraan dalam takat kehidupan. Kehidupanku dan pastinya kehidupan mereka. Kisah kejayaan menamatkan pengajian.

Rasanya semua orang tahu bahawa Disember 2010 adalah tarikh bersejarah buat kampus UiTM Terengganu kerana telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan Istiadat Konvokesyennya sendiri (yang sebelum ini diadakan saban tahun di kampus induk). Dan, buat diriku, satu pengalaman manis kerana berkesempatan turut sama menjayakan peristiwa ini. Satu sejarah pastinya.

Biarlah mungkin secara tidak langsung, kesempatan berada di situ, meyaksikannya dan merasainya adalah sesuatu yang sangat sentimental. Perkara-perkara remeh begini kadang-kadang selalu kita terlepas pandang kerana kita lebih menumpukan kepada perkara besar yang menyedih dan menyusahkan ...



Dan, ini, adalah sebahagian daripada kami yang menumpang kegembiraan mereka. Gembira kerana kami adalah cebisan-cebisan yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan mereka. Kiranya positif yang diambil kira, maka, jadilah mereka seperti yang kami inginkan. Andai negatif yang ditimbang-timbang, kami langsung tidak punya makna.


(L-R) Mohd Asyraf Mohd Nasir, Aminuddin Zahil Ahmad, Nurfatihah Alias, Siti Ruqaiyah Othman, Cik Siti Marina Amit, yours truly, Mohamd Nor Azhar Noor Mohamed dan Mohd Basith Md Roni
(DPA July 07 - Apr 10)


Ini adalah sebahagian daripada mereka yang diraikan. Betapa gembiranya mereka. Merekalah pelakar sejarah pertama ini .. dan seperti selalu, yang pertama selalunya istimewa. Sememangnya mereka istimewa dalam cara mereka sendiri.


My dearest students,
With this education, you may become whatever you heart desire .. and this what scares me!


Signed:
A proud lecturer

Wednesday, December 01, 2010

Pesanan untuk Anak-Anakku ...

Ini adalah tulisanku untuk majalah DPA - Kaleideskop (DPA July 03 - April 06) yang merupakan kumpulan pelajarku yang pertama. Daku nukilkan semula sebagai satu pesanan untuk anak-anak yang akan menerima skroll pada 4 Disember nanti ...




Pertama sekali, tahniah diucapkan, kerana nampaknya, segala jerih perih anda semua mendapatkan diploma telah hampir sampai ke penghujung. Semoga, apa yang akan anda perolehi nanti akan memberi suatu makna kepada kehidupan anda.

Menjadi pelajar adalah antara perkara yang membahagiakan. Pada masa inilah, segala kesilapan akan sentiasa dimaafkan. Secara peribadi, saya selalu menginginkan diri selamanya menjadi pelajar, namun, apakan daya, peranan seorang manusia itu rencam sifatnya. Justeru, status pelajar itu jangan dibuang daripada hidup kita walau apapun peranan yang bakal kita mainkan. Satu hari nanti kita akan terus belajar menjadi ibu bapa, kita belajar membina kelaurga, kita belajar memolekkan hidup.

Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young – Henry Ford

Kehidupan yang sebenar selalunya tak semudah yang disangkakan. Kita boleh melukis impian dengan seindah-indahnya, kerana tiada siapa yang boleh merampas impian indah kita. Namun, impian itu akan dirampas sekiranya anda tidak bijak menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari.

Nasihat dari yang pakar: Lakukan apa sahaja yang anda ingini (yang halal dan dibenarkan sahaja!), dengan syarat jangan menyesal atas segala keputusan yang diambil. Kiranya ada rasa kesal, anggaplah ia hanya suatu percubaan untuk kejayaan masa hadapan. Life is too short to mourn over something you did in the past! Live life to the fullest!

Anda adalah kumpulan pelajar saya yang pertama dapat saya saksikan sendiri menerima skroll di pentas nanti ... dan, seperti selalu dikata orang, yang pertama selalunya istimewa. Begitulah anda di hati saya … sentiasa istimewa sampai bila-bila.


Semoga lebih berjaya.