Monday, September 13, 2010

Santai Serius: To each his own

Fuhhh .. lama sungguh meninggal ... blog ini. =p

Dan, tiba-tiba hari ini terfikir mahu menulis sesuatu.

Idea datang ketika daku sedang berusaha menghabiskan novel gemuk Habiburrahman El-Shirazy - Bumi Cinta. Mungkin tiada kaitan langsung dengan pembacaan itu, tapi ia tetap ada kena mengena dengannya.

Point bicaranya?

OK, daku pernah terbaca dahulu, semasa UM berura-ura mahu menutup Asasi Sainsnya (ada lagi ke program ni?), antara justifikasi yang diberikan - adalah tidak berbaloi untuk seorang pensyarah yang ada MA atau PhD hanya mengajar budak-budak peringkat asasi kerana pengalaman dan pengetahuan mereka akan jadi wasted kerana seperti mana yang diketahui, budak-budak peringkat asasi sama taraf dengan diploma dan, mereka hanya belajar benda basic - 101 course.

Seharusnya, pemegang MA dan PhD ini harus menumpukan kepada penyelidikan dan pengembangan body of knowledge. Maka, pelajar di peringkat asasi atau diploma ini harusnya diserahkan kepada pensyarah yang mungkin lepasan ijazah sarjana sahaja.

To each his own. Ini yang daku rasa.

Seperti yang daku selalu kata, setiap apa yang kita buat, interest kita adalah berbeza. Justifikasi juga berlain nada. Namun, untuk mengatakan pendapat ini salah, pendapat ini betul, sampai kiamat pun tak akan selesai. Cliche kan bunyinya.

OK, straight to the point.

Daku boleh katakan, ada 2 jenis academicians - yang research-oriented, dan yang teaching-oriented. Dan, the weighting tu, dikau pun dapat agak, kan?

Mungkin ini ada kena mengena kot dengan saying - those who can't do, teach.

Konotasi mengajar selalu dipandang sebagai sesuatu yang mudah dan remeh. Apatah lagi di peringkat universiti. Dialog- dialog seperti:

"Alah, lecture lebih kurang, pas tu, suruh diaorang cari selebihnya, apa susah?"

"Senang la kan, lecture budak besar ... rilek jer .."

"Bacakan aje note kat slide tu, settle."

Wah, kalaulah ia semudah itu.


Beban mengajar tidak boleh dibandingkan dengan beban membuat research. Research, kalau tidak difahami orang, boleh diubah, dikritik, dan diperlakukan sebaiknya, maka, eloklah ia. Tapi, mengajar? Beban untuk memahamkan pelajar-pelajar itu bukanlah semudah itu untuk dibetulkan.

Daku masih ingat, sewaktu di matrikulasi, kami diwajibkan mengambil kursus Fundamental Knowledge (FKM) - dan pensyarah kami adalah seorang pemegang PhD [beliau sangat brilliant kerana mendapat PhD di usia yang sangat muda - sekitar 25 tahun -- ini cerita tahun 1995]. Dalam subject FKM, kami diajar mengenai perkara basic seperti Aqidah, Akhlaq, Quran dan sebagainya.

Walaupun pensyarah ini sedikit 'kerek' dengan PhD nya, namun, kami ini terdedah dengan pelbagai perkara baru - kami dapat mengenal konsep-konsep yang orang lain mungkin dengar pertama kali semasa mereka buat 1st degree atau MA. Kesemua ini membuatkan kami jadi excited [bukan semua orang lah .. itu kan perkara biasa] ... especially apabila membaca komennya di kertas ujian atau assignment. Kami belajar untuk memuaskan hati beliau walaupun tahu ia agak sukar kerana dia sedikit demanding [daku rasa daku terikut dengan orientasi ini]. Tapi, kesannya subtle. Kerana terbiasa dengan yang demanding begitu, kita akan terikut-ikut begitu. Kita akan mencari lebih dari yang diberitahu. Kita akan cuba lebih memahami. Kita akan cuba buat yang terbaik.

Kualiti ini sekiranya mampu diberikan oleh seorang guru kepada pelajarnya, adalah perkara yang bukan main-main impaknya. Walau ada yang akan argue bahawa melalui research seseorang akan belajar juga perkara-perkara ini, namun, sentuhan terus seorang guru ke nurani pelajar lebih terkesan. Again ... to each his own.

Padaku, tidak pernah ada kerugian kalau orang yang berilmu tinggi mengajar di peringkat mana pun. Persoalan penting - how the knowledge is shared and imparted.

Kesimpulannya?

Daku sangat bersetuju apabila Dato' VC mensyaratkan agar teaching aspects juga diambil kira dalam kenaikan pangkat. Barulah nampak keseimbangannya.

Dan, untuk mereka yang merasakan bahawa mengajar itu sesuatu yang sangat membahagiakan, teruslah mempercayainya ... dan, kepuasannya hanya kita yang memahami ...


Got my point?

6 comments:

ajako said...

pisha, aku ingat kat lecture yg ko refer tu...dan aku sempat terserempak ngan dia few yrs back. Mmg masa memula dia ngajar terasa sedikit mensampah, dgn gayanya, dgn bahasanya, ah, tp akhirnya berasa bersyukur sbb dia mmg selayaknya mengajar kita2 ni...heheh, to his own kan?

Anonymous said...

Kak Fisha,

Sayalah orang paling lega bila penilaian pensyarah mengambil kira pelbagai aspek bukan hanya tertumpu pada satu2 aspek. Syabas Dato Sahol!

Berbalik pada pensyarah lulusan sarjana atau phd tidak boleh mengajar asasi atau diploma atas sebab terlalu tinggi kononnya adalah tak berasas sekali.

Yang pasti mengajar asasi menajamkan lagi skill mengajar. I'd learn the art of teaching through asasi students.

Viva teaching =)

ayen =D said...

mybe klu kurang pemegang master dan phd; it is applicable kot nnti siapa nk ajar student degree dan master pulak kan hehehehe:

tp klu dah byk yg ada master n phd; why not: for me; org tu tak la hebat mana klu dia tak leh buat org yg low level (of knowledge @ experience) faham apa yg dia nk sampaikan: klu tak; pemegang phd tak ubah sperti alien hehehe

Cik Peesha said...

Ajak:
Kan? Kiranya love-hate relationship la kita dgn dia masa tu ... huhu ... Tapi, jasa dia pada kita memang tak terbalas sampai bila-bila ... Dr. A, ilebiu ... ngehehehe

Cik Peesha said...

Ikmal:
Ye, memang lega apabila dgr apa yg Dato' Sahol janjikan ... dan sekarang ni, byk pula yang menulis mengenai KPI for academicians ... Baru sekarang terasa dihargai ... sedikit, walau tak banyak =)

Ada pantun sket:
Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Cik Peesha said...

Ayen:
Couldn't agree more ... Org yang tidak tahu tu ramai dari yang tahu ... kalau asik nak concern pada yang dah tahu, dah belajar byk dah, apa akan jadi pada yg tak tahu itu, kan?

Apapun, to his own lah ... =)

Terima kasih atas kunjungan.