Tuesday, December 08, 2009

The theme right now ...

"When you need me, but do not want me, then I will stay. When you want me, but do not need me, then I have to go ..."

Tuesday, December 01, 2009

Serius: At my lowest point!

Exam dah tamat. Result dah tahu, cuma tunggu untuk Senate endorsement.

Perasaan?

Inilah yang mahu daku ceritakan.

Manusia memang dianugerah Allah dengan pelbagai emosi. Dengan emosi, kita boleh merasionalkan segala bentuk tindakan kita. Namun, keterlaluan menurut emosi jarang memberikan natijah yang baik.

Dan, di kala ini emosiku sedikit tergugah.

Semalam, KP menghantar message supaya semua subjek yang mempunyai kegagalan melebihi 20% perlu dilaporkan dalam laporan bertulis dan akan diberikan kepada dekan semasa mesyuarat keputusan peperiksaan peringkat Fakulti. Dan, seperti biasa, daku akan menjadi penyumbang tetap kepada laporan tersebut.

Keadaan ini sebenarnya membuatkan daku mula tertanya-tanya, apakah perlu daku bertukar profesion? Adakah daku memang tidak competent melaksanakan tugasan? Apakah daku yang berterusan salah? Adakah ini yang daku mahu lalui hingga bersara (atau selama diberi peluang bernafas)?

Saban semester, boleh dikatakan subjek ku yang mempunyai peratusan kegagalan teramai. Sedang di tempat lain, scorers berganda-ganda. Adakah daku mengajar lain daripada mereka? Adakah mereka mendapat kumpulan pelajar yang sangat bijak, yang bisa menjawab semua soalan dengan tepat? Atau, apa?

Adakah salah cara daku gunakan?
Adakah daku perlu menurunkan standard dan benchmark ku demi meluluskan walau kepada yang tidak layak?
Kenapa harus daku yang bertanggungjawab bila ada kegagalan dan tidak pernah dihargai dengan jumlah yang berjaya itu?

Bila ini yang terjadi, kekecewaan demi kekecewaan yang daku rasa. Daku tak tahu kepada siapa mahu kuadukan segalanya -- kerana di akhirnya, kesemuanya tertuding kepadaku semula.

"Tu la, garang sangat .. sampai ramai yang fail! Lecturer bodoh!"

"Dia ingat dia pandai sangat mengajar, perasan bagus. Tu la ramai yang fail!"



Seriously, daku macam terdengar-dengar dialog itu ketika ini. Dan, daku terasa sangat down. Daku sesungguhnya tidak tahu di mana harus kumulakan pencarian kepada titik mula semua ini. Apa agaknya yang tak kena?

Bila kutanyakan kepada pelajar, jarang yang mahu memaklumkan apa yang salah. Ya, mungkin mereka takut daku akan menghambur kebencian kepada mereka sekiranya mereka menegur. Tapi, kan ada banyak cara untuk kamu meluahkan apa yang tidak kamu suka?

Surat layang, boleh.
Emel pun boleh.
Lapor kepada KP, jalan yang baik.
Lapor kepada TP HEA, lagi superb.
Adukan terus kepada Pengarah ... semuanya berkemungkinan.


Seribu justifikasi pun mungkin tidak akan membetulkan keadaan. Akhirnya, yang kelihatan buruk diriku jua. Yang tidak competent itu daku jua.

Lantas, apa jawabnya? Atau, perlukah begini?



Ya Allah, jadikanlah daku hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.