Monday, October 19, 2009

Serius: Kalau masuk kandang kambing, kena buat sama macam masuk reban ayam kah?

Betapalah sepanjang Oktober ni, langsung tiada entri. Entah-entah ada yang dah sedekahkan al-Fatihah kat daku gamaknya ... Ya lah, bila tiada entri, sama lah dengan tidak bernyawa lagi, kan? Kerana itulah nature blog. Haih ...

OK, kenapa tajuk di atas tu? Siapa nak masuk kandang kambing? Siapa pula nak masuk reban ayam?

Minggu lepas daku menyudahkan sebahagian daripada presentation untuk ketiga-tiga subjek yang daku ajar. Maka, pada hari Rabu dan Khamis, naik sebu telinga, perut dan otak mendengar lebih daripada 10 presentations non-stop. Makin sakit hati apabila sudah diterangkan bagaimana presentation harus disampaikan, tapi masih ada yang mengambil mudah. Sudahnya, ada kumpulan yang terus daku berhentikan daripada presentation kerana presentationnya berbentuk membaca nota. Itu bukan presentation, itu reading, and I can read by myself, thank you!

Sebelum mereka melakukan presentation, telah daku sertakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam sehelai kertas A4 - lengkap sekali dengan jadual submission term paper - selepas presentation dilakukan. Selalunya, daku akan memberikan 2 hari sahaja untuk mereka melengkapkan term paper mereka dari hari presentation. Maka, sekiranya mereka present hari Rabu, term paper perlu dihantar pada hari Jumaat, dan masa yang ditetapkan adalah antara 9.00-9.30am. Semuanya ini telah dinyatakan dengan jelas.

Hari Jumaat.

Daku sampai ke pejabat pada pukul 9.03 pagi - sedikit lewat kerana ada perkara yang perlu dilakukan. Dan, sampainya di luar pejabat telah ada term paper yang diletakkan di dalam box - siap dengan masa mereka menghantarnya. Sungguh efisyen! Bagus.

Kemudian, daku pun menunggu di pejabat sehingga pukul 9.30 pagi dan selepas itu daku pun balik. Most of the groups memang menepati masa - especially groups of part 5 and part 6. Syabas! Maklumlah ... dah senior dan faham agaknya bagaimana daku bekerja.

Yang menjadi masalah, group daripada part 1. Mungkin mereka memikirkan bahawa daku tidak akan ke pejabat pada hari Jumaat dan Sabtu untuk memungut assignment yang dihantar ... maka ada yang tidak menepati masa. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, daku menerima satu panggilan daripada seorang pelajar part 1 - memohon untuk menghantar assignmentnya pada esok hari (hari Sabtu) - alasannya, dia tidak sempat hantar binding dan lupa bahawa tiada kedai binding yang dibuka pada hari Jumaat.

Daku jawab:
You boleh hantar assignment tu esok, tapi I tak akan marking. When I said 9.00am, it means 9.00am. I dah bagi masa 2 hari untuk semua group. Kedai tak buka or what so ever, itu your problem. OK? Have a nice day ... bye!

Itu cerita hari Jumaat. Hari Sabtu ada cerita yang lebih kurang sama.

Pukul 9.05 pagi, daku berada di pejabat untuk menantikan assignment yang akan dihantar oleh group yang present hari Khamis. Dalam pukul 9.15 pagi, daku menerima sms yang lebih kurang begini:
"Miss, kami mohon untuk menghantar assignment pada waktu lain due to the unforseen problem and computer crash. Plus, tak semua members yang buat assignment tu."

Eiiii ... benci betullah! Cepat sahaja daku balas:
"It is very clear the due time is today - 9.00am. If I'm about to give you postponement, I'll be doing injustice to others. Plus, you should have back up and anticipate this kind of problem since you're working in group. So, if I don't receive any from you by or before 9.30am today, then no marks for you as the assignment is concerned. Take it or leave it."

Dan, sampai sudah assignment itu tidak dihantar. Ikut suka deme lah ...

Moral cerita:
Belajar untuk memaham arahan. Kalaupun dikau itu terbiasa dengan pensyarah yang tak ambil kisah bila nak hantar assignment, macam mana nak buat presentation ... cubalah gunakan fikiran tu sikit ... tak semua pensyarah sama. Lain orang lain caranya. Lagipun, daku tak rasa permintaanku itu keterlaluan. Masa yang cukup telah diberikan, dan syarat yang jelas telah kunyatakan.

Itu sebabnya, tajuk entri ini berbunyi "Kalau masuk kandang kambing, kena buat sama macam masuk reban ayam kah?" - kerana, dikau tidak seharusnya blanket semua orang sama. Dan, sekiranya dikau masih menjadi pihak yang menerima arahan, belajar menerima arahan dengan betul. Pasti ia akan memudahkan dikau juga.

Ambil peringatan ini kalau dikau rasa dikau akan tercampak ke dalam kelasku semester depan. Dan, senior, tolong bagitahu sikit adik-adik junior ini bagaimana untuk berfikir di luar kotak. Jangan jumud dan pemalas.

Faham?


Signed:
Lecturer yang garang-kejam-kepala angin

10 comments:

Anonymous said...

bkn jemy : masuk kandang kambing mengesot, masuk kandang lembu menguling!
haha.

besh2 ada entry baru..
bila baca psl bdk part 1 nyer prangai cmtu, wow!haha.. wahai2 adik2 ku sekalian, betapa ***** nyer alasan utk postpone anta asignment sebegitu rupa. x belaja ke teknik2 memberi alasan drpada senior2 kamu?
alasan computer crash, computer masuk semut, wayar laptop ilang smua dah lapok! haha
len kali committed la skit buat keje. n kepada sape yg x buat keje dlm group tu, gi HEA n check, cmne korg leh masuk U. haha.. bkn ape, part 1 seyh! adoiii.. sakit2.

yg psl present baca slide? huhu. ape kata lepas ni tuka teknik, pakai brail plak..kdg2 kita perlukan pembaharuan..hahaha
miss, tringat plak masa wat presentation ngan mis..lakonan siap..wakakakaka. puas bila tgk miss turut serta gelak ( miss jgn nk nafikan yer..) :-P

tuh je la nk ckp.. kang klo tulis banyak2, nt org kata kita prasan bagus..haha..biasa la manusia.haha.ada je x puas ati.haha. bila da fail, salahkan org.bila kita dpt A or dpt markah tggi tuk presentation, kata kita rpt ngan lecturer.haha. nonsense!
menidakkan kebolehan org dengan menunjukkan kebodohan diri sendiri tanpa berusaha untuk menjadi bagus adalah sesuatu yg memalukan.. btol x miss?

kepada sesiapa yg terasa, anak cina mkn pengat, sendri mau igt!

papepn miss,miss mmg power!aja bagus! creative! 5 stars! ( p/s - korg jgn nk kata ak bodek ek, sbb miss da x tanda paper ak or x evaluate asignment ak haha -

husna said...

salam....miss...

wah....dasyat entri kali nie....best pulak membaca....macam2 kerenah......part 1 dah buat mcm tue x tau la....hehehe...kitorg dulu, kalau miss bg keje...mesti kelam kabut siapkan awal2...takut punya pasal....mmg fokus hbs lah....kalau bleh mmg nak submit ontime....tp bdk2 part 1 nie bleh pulak bg mcm2 alasan....mesti diorg x berguru dgn senior2 la nie...haha..ape2 pun harap diorg dpt ambil iktibar....hehe..

miss..doakan kejayaan kami kat shah alam nie untuk final nie...

ajako said...

oh, aku bukan student mahupon ex-studentmu...adakah aku layak mengomen? mungkin stakat membaca shj...

kaymalini said...

tu la miss.masalah attitude.die tak rasa masuk degree tu lagi miss.tak rasa lagi jumpe senior lecturer yang ajar quality.seriously quality sungguh.hal remeh2 beliau ignore.no reading at all.all must be memorized.boleh reading tapi bile ade figure.tapi dulu, saya macam tu jugak.tapi sekarang.memang kene buang sume perangai budak2.miss kalau hal remeh2 tu ignore je miss.saje untuk preparation menghadapi degree yang mencabar.

Pijat-Pijat said...

Bkn Jemy:
Tambah lagi, masuk kandang babi, menyondol2. Yang kau masuk kandang babi kenapa? Kan dah kena samak ... najis mughallazah betul! :p

Nama pun budak part 1 .. ntah2 you pun buat macam tu gaks? Ngeee ...

Budak baru bukannya alasan, tapi yg menyakitkan hati sikap x mahu mengikut tu, suka la nak ISA je. Kalau tak dicegah dari awal, akan membawa le sampai ke akhir ... nanti dah keje pun sikap sama juga yg dipraktis. Memang hangin betul!

But, there's long way to go ... mungkin lepas ni mereka berubah ... harapnya!

Husna:
Tu la pasal ... kalau semua macam u al dulu, senang betul idup i ... rasa mcam nk bg semua org A ... tp kang kena question plak, kan? Hehehe

InsyaAllah, everything will be ok in final ... as long as you x buat perangai macam bebudak part 1 ni ..

Ajako:
Dah masuk sini, kau otometik boleh komen. Takdak hal. Aku juga mahukan komen orang2 dewasa dan berada di luar lingkungan ... supaya i can maintain my sanity!

Kekek:
Tu la ... masa la memang x sedar .. dah kena batang idung, baru le sentap. Kita ni buat semua tu sebagai training .. so that bila masuk degree tak de le macam tak semenggah je ... tmbh bila sekarang org bercakap pasal graduan yg tak berkualiti, panas punggung dan telinga tau ... malangnya, ada student yg anggap lecturer kejam sebab depa memang kejam ...

What to do ... we can't reap ppl's mind ...

kaymalini said...

betol2.tapi alasan kedai binding tak bukak.tak boleh blah.bodoh gile alasan.nak bagi alasan pon, carila alasan macam best sikit.sekurang2nya credit untuk pemberi alasan berhemah.jangan layan miss.deduct markah terus.saya semakin kejam di kala degree.

Anonymous said...

kedai binding x bkk?
sumpah kelaka! jom gelak! wakakakaka

kat sini ada satu suggestion, klo kedai binding cik kiah x bukak, ikat je assignmen pakai getah postman! wakakakaka

kaymalini said...

cik anon:kalo kedai binding tak bukak, tebuk2 gune penebuk lubang and ikat ngan reben macam folio pendidikan jasmani dulu.adoi

Anonymous said...

senior gila kelam kabot buat assignment sampai tak tidoo, part 1 leh goyang kaki DENGAN MISS FISHA???..i DUN BILIF TIS.

Cik Peesha said...

Kekek:
People change and I do wish they will change to be better later ... and yeah ... ikat riben itu lagi cantik walaupun tidak akan dapat markah. At least ada bendanya ... kan?

Anonymous @ November 1, 2009 1:10 PM:
Ngehehehe ... tp kena mintak kat posmen la ... tp masalah gak ... Dungun hr jemaat, post opis yak buka ... nak bg alasan apa lagi? huhu

Sofea:
You all je yg ntahapapantah takut dgn i ... depa rilek je ... tatau le ada kesan ke takde kesan pas ni ... group tegar2 nih!