Sunday, December 21, 2008

Santai: Teruskan Kecemerlangan itu

Khamis, 18 Disember yang lalu, telah diadakan Majlis Makan Malam sempena Minggu Kualiti peringkat kampus. Bersekali dengan majlis tersebut turut diadakan penyampaian anugerah khidmat cemerlang dan anugerah khidmat setia bagi mereka yang telah berkhidmat selama 20, 25 dan 30 tahun.

Mereka ini antara yang mendapat anugerah cemerlang. Tahniah diucapkan.



L-R: Datin Hjh. Wan Esah, Fathiyah (bukan penerima), Anita, 'Atiqah Rashidah dan Normawati


Bersama Anita dan Normawati

Sedihnya, fakulti kami tiada siapa yang tercalon. Mungkin KP tak percaya dengan kerja-kerja anak buahnya, kot!


Cemerlang selalunya diukur dengan penghasilan kerja yang dibuat. Namun, cara kerja dibuat tidak akan menjadi persoalan kerana siapa yang akan kisah dengan jalan kerja kalau end nya sangat memuas hati?

Adakah daku bitter?

Tidak. Cumanya kadang-kadang tidak dapat menahan diri dari membanding penerima hadiah tersebut dengan kualiti kerjanya (mereka yang di dalam gambar itu tidak perlu khuatir dengan pandangan ini kerana mereka sememangnya layak menerimanya!).

Pernah juga daku mendengar, ada yang dicalon mendapat anugerah berdasarkan 'sentimen kawan' - maksudnya, semasa si A menjadi ketua, dia melobi B untuk mendapat anugerah walau kualiti kerja B tiada langsung. Dan, ketika si B menjadi ketua, it is pay back time -- lagi sekali, kualiti kerja tidak diambil kira.

Menjaga kecemerlangan adalah cabaran yang besar berbanding usaha mendapatkannya. Ia pasti akan menjadi kayu ukur terhadap pekerjaan yang kita lakukan kemudian hari. Namun, ia juga satu bentuk motivasi yang sangat bagus untuk memberikan yang terbaik.

Pada mereka yang menerima anugerah dengan sebenar usaha dan kecemerlangan itu, tahniah diucapkan. Moga kecemerlangan itu akan berkekalan dalam pelbagai bidang.

Bagi yang belum terbukti cemerlang seperti daku ini ... (well, I save the best for the last! .. huhu) ... daku akan terus menjalankan tugas dengan sepenuh hati. Mungkin ganjarannya tidak nampak di mata, tapi bertaburan di jalan hidup kita yang selainnya.

Andai diiktiraf, berbangga dan teruskanlah kecemerlangan itu.

Andai tidak, berlapang dada, dan cubalah untuk terus memberi kerana ibarat kata Ustaz Hasrizal, "erti hidup dengan memberi".

My eyes are green with envy ... tapi orang tak perasan .. sebab semuanya pakai baju hijau ... ahaks!

Tahniah dan tahniah lagi untuk anda semua!

7 comments:

Anonymous said...

Fisha : betul tu...anugerah is nothing..just an acknowledgment kat dunia ni. yg penting, we know wat we did....kan?

Cik Peesha said...

Alin:
Ye .. betul sesangat ... tp, den nak gak rasa mendapatkannya ... huhu ...

Acknowledgement tu penting to recharge and rejuvenate our motivation I must say ... Just imagine, kerja mcm nak mati bertahun2 tanpa sebarang acknowledgment? Huuuu .. ngeri tau ...

Cam Cik Suaymi ko bwk korang gi jenjalan ... acknowledgement tu ... and I bet you must feeling very good with that, kan?

nj said...

Fisha ... I love those photos... can send me a copy of every one of them? Nak gak buat entry pasal malam terindah I tu...yela...8 tahun tu tunggu naik pentas. Alhamdulillah rezeki drp ALLAH.
email me at norm707@gmail.com
kak norma nak buat frame gambar 3 gadis hijau tu buat kenangan abadi!

Alin Ahmad said...

Fisha : in that case, i doakan u dapat anugerah yg diidamkan Aminnn... sape tak happy wen kengkawan berjaya kan.

Ala..tak yah sebut nama dia tu...boleh hangin dibuatnyer..

Anonymous said...

Tuela kak, den cadang akak wat buku/research tak mau, kan melepas hehe..just joking :p

en_me said...

tahniah tahniah.. salammmz akak itteww

Anonymous said...

en_me:
Kakak mana yang mau kamu salamzz iteww?