Monday, November 24, 2008

Serius: Cerita PhD

Hidup ini memang satu pilihan. Betapa Allah memuliakan kita dengan memberi kita seluruh kebebasan memilih. Pilihan yang benar dan pilihan yang salah.

Dan, bercakap mengenai pilihan, daku masih dihantui suatu rasa - to do, or not to do.

Doing what? --> PhD.

Arghhh!

Kalau nak dikirakan dose + input untuk buat PhD ni, daku rasa daku dah selamat viva sampai ke tahap ini. Banyak nya tak terkira (hmm, yeah, I'm exaggerating!) .. Daripada penceramah universiti di Malaysia sampailah ke profesor dari universiti luar negara. Tapi, kenapa .. kenapaaaa semangat itu tidak mari???? Apa masalahnya?




Tadi, satu lagi kesempatan menghadiri bengkel PhD oleh Assoc. Prof. Dr. Charles Harvie, School of Economics, Universiti Wollongong, Australia. Beliau ke kampus secara kebetulan kerana beliau juga adalah seorang speaker untuk Terengganu International Business and Economic Conference (TiBEC), anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan kampus yang bermula esok sehingga hari Jumaat ini.


<--- Assoc. Prof. Dr. Charles Harvie


Seperti yang diterangkan oleh penceramah terdahulu, ceramah Dr. Harvie tiada yang baru. Namun, atas kapasiti beliau sebagai external examiner, untuk tempoh 19 tahun, beliau banyak memberi tips bagaimana untuk mengharungi sebuah 'journey to PhD' - bagaimana getting startes, ongoing issues (supervisor vs. student), getting the most out of your thesis, thesis write-up and submission.

Input yang tersangat baik. Ada lah sedikit keterujaan itu. Tapi, sekejap sahaja ... Ish, ish ...

Tapi, satu perbandingan -
apabila ceramah PhD disampaikan oleh penceramah yang non-Malaysian seperti Dr. Harvie ini, kecenderungan penceramah ini membuatkan audiens berasa less intimidated dengan PhD sangat tinggi berbanding dengan penceramah Malaysian di atas topik yang sama.

Daku pernah menghadiri kursus Doctoral Accomplishment yang disampaikan oleh penceramah Malaysian. Inputnya bagus, namun, apabila sampai di akhir ceramah, hampir separuh yang chicken out nak buat PhD. Kerana apa? Kerana gaya penceramah tersebut bercerita seoalah-olah PhD memang cara terbaik untuk membuatkan kita ini mendapat Permanent Head Damage. Ditambah dengan cerita ada calon terbaik PhD yang sampai membunuh diri, we really don't want to end up like that.

Mungkin niat penceramah itu baik .. untuk menyatakan bahawa PhD itu isn't a bed of roses ... tapi, untuk memujuk orang, cara itu kelihatan sangat menakutkan. Akhirnya, yang lemah semangat macam daku ini, akan habis terbang semangatnya.

Daku pernah sampai kepada conclusion, Dr PhD di Malaysia ini too proud bila dapat title Dr. Yang mahu menolong menaikkan semangat orang lain untuk buat PhD itu sedikit sangat. Tapi, yang menjadi "kekwat tak tentu hala" ramai. Tambah bila menjadi supervisor, sangat demanding dan menyusahkan dan tidak mendokong integriti akademik itu. Berapa banyak kes kawan-kawan sekerja yang bermasalah dengan supervisor mereka di universiti di dalam Malaysia ini dan tertangguh PhD nya. Supervisor susah nak dihubungi, supervisor yang asyik menyuruh pelajar tukar tajuk berkali-kali dan seribu macam masalah yang lain. Kiranya, prinsip "bertolong-tolongan dalam kebaikan" yang dianjurkan Islam dalam surah Al-Asr itu jauh daripada praktiknya.

Mungkin kesimpulan ini salah kerana tidak disokong oleh data yang betul. Tapi, itulah yang selalu kedengarannya.

Dan, selalu juga daku dimomokkan dengan kata-kata ... "Kalau mahu duduk senang, tapi susah nak lulus, buatlah PhD kat Malaysia ni .."

Ada sesiapa nak tolong jawab?

9 comments:

Anonymous said...

"Kalau mahu duduk senang, tapi susah nak lulus, buatlah PhD kat Malaysia ni .." Menurut pengalaman kwn2 yg sudah berjaya melepasi PhD ni, tak begitu tepat lah kenyataan diatas. Buat dimana2 pun akan ada susah senangnya. Tp sy bersetuju utk memulakan pengajian PhD ni, semangat perlu kental dan betul2 yakin kita MAHU melakukannya dan btl2 berSEDIA. Good luck dan buatlah pilihan dgn TEPAT!
-Hani

Cik Peesha said...

Hani:
Terima kasih atas kunjungan.

Memang tak boleh blanket semuanya. Yang dah melepasi itu adalah sebahagian cerita2 yg menggembirakan. Tapi, disebabkan cerita2 x berapa gembira tu byk, itu sebabnya saya letakkan "Ada sesiapa nak tolong jawab?"

Apapun, saya bersetuju dengan Hani part semangat perlu kental, + betul yakin mahu buat. Masih berusaha ke arah itu.

Good luck untuk anda juga dan jangan serik berkunjung lagi :)

Anonymous said...

Ya Allah Fisha... ngeri ekk permanent head damage tuu... tp x pe, nanti bila i setled LLM ni, n bila i rasa kental n kuat, kita buat sesama ekkk....

Anonymous said...

Kak Fisha

Akak memang ada potensi nak wat phd, cuba2 lah carik topik IR yang ada semangat bagi akak nak buat. Kalau nak wat oversea pun boleh, boleh jalan2 cari pengalaman baru.

Cik Peesha said...

Alin:
Ngeri x ngeri itu la bendanya ... tp kan, den rasa benda ni cam masa buat MA dulu gak la ... org dok kata susah weh .. tp, bila dah buat, cam tak caye plak dapat MA ... in fact, den rasa MA den tu cam tipu je ... hehehehe

Ikmal:
Akak ada potensi? Huhuh ...

Tp, tu la, kdg2 org lain tgk kita ni cam kita ni capable of doing everything ... masalahnya, empunya diri ni yg masih digenangi perasaan yang tidak tentu ... pergh! bahasaku .. kagum aku dgn diriku ... heh!

Musti kena buat ... musti .. musti ... thanks bro!

kaymalini said...

back to the basic.
"bersusah-susah dahulu"
"bersenang-senang kemudian"

miss.

memetik kata seorang rakan,
" u do it because u want to do it".

lets the spirit "nok do'oh" tu ade dalam diri.bile ade je spirit tu,susah ke senang ke.u'll be smoothly redah aje.

so miss..
ber"berkental"ah.bersemangatlah.pasal sy sangat2 yakin,yang miss boleh.

Dr.Norhafiza Abu Seman.
wah dah rase aura Dr. ni!

Cik Peesha said...

Kartika:

Nak berdo'oh itulah yang payah .. because this isn't what I want.

I never know what I really want in my life and this ... is definitely the one which I'm certain.

Tapi, ye lah, tak nak2 ... nanti jadi cam citer mengajar ni. Dulu, mati-matian tak nak ceburi education field ini .. siap sumpah2 .. tapi, hari ni sara hidup dgn gaji mengajar ...

So, I think I just follow the flow ... and time will tell.

Dr. Norhafiza?

I'm thinking Prof. Datuk Dr. Norhafiza.

What say you?

Kartika - thanks for the piece of comment and wish. Wish you the best dear.

Anis_Zahra said...

"Salam Syawal..Dulu after buat masters 3 years back, memang serius tak nak further study lagi,,coz time sekolah dulu tak lah pandai sangat tapi betoi la kata arwah bapak dulu..rajin yg paling penting! So, bila dah kat uk ni dah in 2nd year pun...buat engineering in wireless comm. Macam tak caya pun ada! Tapi bila buat pHd ni, kita perlu really have to stay motivated...jgn jadi 'permenant head damage' udah! hehehe...menuntut ilmu kat bagus..teruskan niat murni korang tu! then after get ur pHd, jgn jadi perut hasad dengki udah lerr yerr! Doakan kitorang kat sini mudah segalanya! Aminnnn

Cik Peesha said...

Anis_Zahra:

Salam Syawal (ada lagi nih ... hehehe)

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman buat PhD ... Niat tu akan sentiasa ada ... namun kekuatan semangat tu ... kadang2 macam kete yg bateri dah kong ...

Mungkin akan berlaku, mungkin tidak ... tapi yang penting ... ada niat ... doakanlah kami2 ini ... =)

Terima kasih atas kunjungan