Tuesday, March 30, 2010

Hello readers!

Uh ohh ... Mac semakin menghampiri penghujungnya. Namun, tiada sebarang entry. Kenapa ni?

Beginilah ...

Kadang-kadang orang malas, kadang-kadang orang rajin
Kadang-kadang orang marah, kadang-kadang orang sayang
Kadang-kadang orang excited, kadang-kadang mandom berterusan
Kadang-kadang rasa nak share, kadang-kadang mahu pendam sendirian


Moral of the story:
Berapa banyak pun kadang-kadang itu, pasti sampai satu waktu, tetap akan ada sesuatu yang akan daku coretkan untuk kamu :)

Tunggu ya ... Be back .... later.


P/s: Tuan rumah masih dalam mood bersenang-senang, bersantai-santai dan bermalas-malasan!

Tuesday, February 09, 2010

Santai Serius: Diajar, Mengajar dan Belajar – siri 2

OK, kembali ke arena perbincangan dan nasihat -- hmm, hampir dua tahun untuk kembali bicara mengenai perkara ini? Ish, ish .... Masa untuk terus objektif pada apa yang kita kerjakan!

Selamat membaca!


dan, ini semua adalah sambungan daripada sini.


Pensyarah yang berjaya (atau yang baik itu adalah mereka yang ....):

Is constructive and helpful with criticisms – kita memang pandai mengkritik. Tidak kira umur dan jantina dan di dalam apa jua keadaan. Di dalam kelas, perkara sebegini memang sering berlaku. Pensyarah mengkritik kerja pelajar. Pelajar menghentam pensyarah. Pensyarah hentam balik. Hehehe.

Namun, semua itu menjadi berguna sekiranya ia sesuatu yang konstruktif dan membina. Bagaimana?

Pernah dikau diberi remark begini?

“Hei, kerja macam ni anak I yang tadika tu pun boleh buat tau!”

“Kalau sekadar presentation yang baca saja, saya pun boleh buat.”

“Ini compilation sources from web ke, kerja kamu? Kalau nak tolong compile, thank you je la … I dah buat banyak dah.”

Daku akui, daku selalu menggunakan remarks di atas dengan para pelajar. Ini hanya akan terjadi sekiranya daku mempunyai sesuatu expectation terhadap kerja-kerja mereka. Dan, bagi menambah sengsara mereka, daku noktahkan begini:
“I dah pandai, dah bekerjaya dan berpendapatan. If you fail pun, gaji I tetap jalan. Tapi, ini semua untuk you. Masa depan you. Masa depan memanglah tak boleh diramalkan, tapi kalau dari sekarang buat kerja macam *****, begini jugalah reflectionnya masa depan you!”

Kalau mereka mahu mendengar, ya silakan. Kalau tidak, biarkan saja. Niat baik tak semestinya disambut baik. Cumanya, teruslah beristiqamah dalam melaksanakan tugasan.


Shows an expert knowledge of subject matter – ini perkara serius. Konsep berguru sepatutnya begitu. Kita mahu mendapatkan ilmu daripada orang yang berilmu. Namun, sekiranya pelajar bertanya ini, dijawab tak tahu, bertanya itu dijawab tak pasti, bagaimana pelajar mahu menghormati kita sebagai pensyarah?

Satu perkara yang daku selalu buat, adalah berterus-terang apabila tidak pasti. Berterus-terang bukanlah sesuatu yang memalukan. Tapi, yang pasti, selepas itu, carilah jawapannya. Jangan pula: “Sorry, I’m not so sure with the answer. I’ll tell you later,” dan kemudiannya diam tidak berbuat apa.

Menjadi expert bermaksud, dikau akan boleh memberi jawapan yang wajar pada setiap soalan yang dikemukakan. Bukannya terkial-kial membelek slaid ataupun buku teks (boleh buat, namun jangan selalu). Ketidakupayaan pensyarah dalam hal-hal begini hanya akan merendahkan dirimu di hadapan pelajar, lebih-lebih lagi kalau punya pelajar yang sering mahu mencari kesalahan kita.

How to be an expert knowledge of subject matter?
Membaca dan mengkaji dan membaca lagi. Perkukuhkan pengetahuan dalam perkara yang hakiki ini. Bukan sibukkan kerja lain, dan kemudiannya, “please read by your own. I don’t have time to elaborate this!”

Daku pernah menulis mengenai tricks yang berguna untuk ini di sini. Pergi sana dan baca kalau dikau mahu jadi expert! :p


Adopts an appropriate pace during the lecture – perkara ini mengingatkan daku mengenai tahun-tahun awal daku mengajar. Pada masa itu, kelas masih banyak yang tiada komputer. Ini bermakna, daku perlu berkuliah dengan cara yang konvensional – chalk and talk. Hebat sikit pun, guna OHP. Malas untuk menulis di transperancy, maka daku akan membaca nota dan kemudian pelajar menyalin ke dalam buku mereka. Kadang-kadang bila nota yang mahu diberikan agak banyak, daku membaca laju dan mereka terpaksa menulis dengan laju. Mereka merungut, daku biarkan saja. Pesanku: “Belajarlah short hand!”. Tapi, dengarnya, perkara inilah yang mereka terkenang-kenangkan setelah tidak menjadi pelajarku. – latihan yang membuatkan mereka boleh menulis dengan cepat. See, I don’t do thing for nothing! Hehehe.

Apa itu appropriate pace during lecture?

Bermaksud, dalam melakukan syarahan, peruntukkan masa untuk audience bertanya, berikan masa untuk mereka berfikir sejenak. Jangan memberi lecture seperti syok sendiri. Orang tak faham, awak pun penat.

Pada ketikanya, buatkan interval – joke, nasihat, dan sebagainya supaya minda audience tidak tepu dan terus boleh menerima. Andaikan dikau terpaksa menghabiskan syarahan yang banyak dalam satu masa, beritahu mereka perancangannya supaya mereka bersedia. Namun, paling penting, pengurusan masa kita supaya segalanya dapat disampaikan seperti apa yang sepatutnya.


Includes material which is not readily accessible in textbooks - Sepatutnya begitulah keadaannya. Namun, oleh kerana pensyarah juga mengajar berpandukan textbook, maka, ringkaskan nota menjadi point penting. Material yang tidak terdapat di dalam buku teks mungkin yang berbentuk case studies, reports dan sebagainya. kalau pensyarah kesuntukan masa untuk mencari material, tiada salahnya menyuruh pelajar mencari sendiri.

Namun, paling salah kalau pensyarah hanya berpeluk tubuh menyuruh tanpa dia menyumbang dengan wajar.

Pensyarah haruslah resourceful. Update diri dengan perkara-perkara di sekeliling dan be sensitive dengan perubahan dalam subject matter. Ini bukan kerja main-main.


Is concise - Concise boleh saja bermaksud ringkas dan padat, tepat dan seangkatan dengannya. Dalam sistem yang berorientasikan peperiksaan, konsep concise sememangnya sesuatu yang sangat dihargai – ini kerana apabila pensyarah concise, masa belajar mungkin dapat dikurangkan. Maksudnya, kalau mengajar mengenai 5 characteristics sesuatu perkara, maka, terangkan secara concise apa yang lima ini.

Namun, tidak salah juga sekiranya pensyarah mahu menjadi elaborative. Kadang-kadang, bila sudah lama mengajar sesuatu subjek, banyak perkara yang kita kumpulkan (accumulate) mengenai subjek tersebut. Maka, berikan sahaja. Pensyarahku dahulu sering meminta begini: Explain briefly to me about this ….

Tak kah haru begini? Notion explain itu sahaja sudah berkonotasi elaborative, tapi dibataskan dengan frasa briefly. Bagaimana mahu buat? – Maka, being concise, cari keperluan key word, dan voila!



Boleh faham? Kalau ada soalan, sila majukan di kelas tutorial nanti :p


Sunday, January 31, 2010

Reflection: What the Teachers Make?


The dinner guests were sitting around the table discussing life. One man, a CEO, decided to explain the problem with education.

He argued:
"What's a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become a teacher?"

He reminded the other dinner guests that it's true what they say about teachers:
"Those who can...do. Those who can't...teach.

To corroborate, he said to another guest: "You're a teacher, Susan," he said. "Be honest. What do you make?"

Susan, who had a reputation of honesty and frankness, replied, "You want to know what I make?"

  • "I make kids work harder than they ever thought they could."

  • "I make kids believe in themselves when no one else will."

  • "I make a C+ feel like a Congressional Medal of Honor and an A- feel like a slap in the face if the student did not do his or her very best."

  • "I make parents tremble in fear when I call home"

"You want to know what I make?

  • "I make kids wonder."

  • "I make them question."

  • "I make them criticize."

  • "I make them apologize and mean it."

  • "I make them write."

  • "I make them read, read, read."

  • "I make them spell definitely beautiful, definitely beautiful, and definitely beautiful over and over and over again, until they will never misspell either one of those words again."

  • "I make them show all their work in math and hide it all on their final drafts in English."

  • "I make them understand that if you have a dream, then follow it...and if someone ever tries to judge you by what you make or what you do, you pay them no attention."

"You want to know what I make?! "

"I make a difference."



What about you? -- How much difference did I make to you?

Tahun Baru. Mood baru juga?


Sungguh lama tidak ke sini. Tidak ... daku tidak merajuk. Cuma ... macam kartun di atas tu ... I don't feel like imparting any knowledge .... hehehe.

Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 di hari terakhir bulan Januari. Ahhh ... bukan masalah pun, kan?

Semoga tahun ini memberikan kita semua kesempatan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Tuesday, December 08, 2009

The theme right now ...

"When you need me, but do not want me, then I will stay. When you want me, but do not need me, then I have to go ..."

Tuesday, December 01, 2009

Serius: At my lowest point!

Exam dah tamat. Result dah tahu, cuma tunggu untuk Senate endorsement.

Perasaan?

Inilah yang mahu daku ceritakan.

Manusia memang dianugerah Allah dengan pelbagai emosi. Dengan emosi, kita boleh merasionalkan segala bentuk tindakan kita. Namun, keterlaluan menurut emosi jarang memberikan natijah yang baik.

Dan, di kala ini emosiku sedikit tergugah.

Semalam, KP menghantar message supaya semua subjek yang mempunyai kegagalan melebihi 20% perlu dilaporkan dalam laporan bertulis dan akan diberikan kepada dekan semasa mesyuarat keputusan peperiksaan peringkat Fakulti. Dan, seperti biasa, daku akan menjadi penyumbang tetap kepada laporan tersebut.

Keadaan ini sebenarnya membuatkan daku mula tertanya-tanya, apakah perlu daku bertukar profesion? Adakah daku memang tidak competent melaksanakan tugasan? Apakah daku yang berterusan salah? Adakah ini yang daku mahu lalui hingga bersara (atau selama diberi peluang bernafas)?

Saban semester, boleh dikatakan subjek ku yang mempunyai peratusan kegagalan teramai. Sedang di tempat lain, scorers berganda-ganda. Adakah daku mengajar lain daripada mereka? Adakah mereka mendapat kumpulan pelajar yang sangat bijak, yang bisa menjawab semua soalan dengan tepat? Atau, apa?

Adakah salah cara daku gunakan?
Adakah daku perlu menurunkan standard dan benchmark ku demi meluluskan walau kepada yang tidak layak?
Kenapa harus daku yang bertanggungjawab bila ada kegagalan dan tidak pernah dihargai dengan jumlah yang berjaya itu?

Bila ini yang terjadi, kekecewaan demi kekecewaan yang daku rasa. Daku tak tahu kepada siapa mahu kuadukan segalanya -- kerana di akhirnya, kesemuanya tertuding kepadaku semula.

"Tu la, garang sangat .. sampai ramai yang fail! Lecturer bodoh!"

"Dia ingat dia pandai sangat mengajar, perasan bagus. Tu la ramai yang fail!"



Seriously, daku macam terdengar-dengar dialog itu ketika ini. Dan, daku terasa sangat down. Daku sesungguhnya tidak tahu di mana harus kumulakan pencarian kepada titik mula semua ini. Apa agaknya yang tak kena?

Bila kutanyakan kepada pelajar, jarang yang mahu memaklumkan apa yang salah. Ya, mungkin mereka takut daku akan menghambur kebencian kepada mereka sekiranya mereka menegur. Tapi, kan ada banyak cara untuk kamu meluahkan apa yang tidak kamu suka?

Surat layang, boleh.
Emel pun boleh.
Lapor kepada KP, jalan yang baik.
Lapor kepada TP HEA, lagi superb.
Adukan terus kepada Pengarah ... semuanya berkemungkinan.


Seribu justifikasi pun mungkin tidak akan membetulkan keadaan. Akhirnya, yang kelihatan buruk diriku jua. Yang tidak competent itu daku jua.

Lantas, apa jawabnya? Atau, perlukah begini?



Ya Allah, jadikanlah daku hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.

Tuesday, November 24, 2009

Santai: Bertemu dan Berpisah

"Bertemu dan berpisah ... adat manusia biasa ...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar sampai di lain usia ..."



Hari ni rasa macam kena menyanyikan lagu yang selalu dinyanyi masa dalam Tunas Puteri dulu - Auld Lang Syne ke apa namanya .. dah lupa ... tak mengapa .. daku dah google kan ... boleh klik saja.

Bertemu dan berpisah itu sesuatu yang biasa. Setiap yang bermula akan berakhir. Apa yang penting bagaimana kita memenuhi setiap pertemuan kita. Andai bermakna, mungkin ia akan dikenang sampai bila-bila dan begitulah juga sebaliknya.

Kenapa macam sendu sahaja? Sebab hujan kah?

Tidak ... entri ini didedikasikan kepada seorang sahabat seperjuangan - En. Kamarudin Othman – pensyarah Ekonomi yang bakal bercuti menyambung pengajian PhD nya di USM dan kemudian akan mula berkhidmat di UiTM Merbok. Semoga beliau akan terus mencapai kecemerlangan untuk setiap perkara yang dilakukan.

To all the girls I loved before ... I dedicate this song for you ...
Sorry Kak Mona :p Pis! Pis!


P/s: Ada rasa juga nak buat sesuatu. Tapi apa ya ..? But, I just don't like change ... urghhh!!!