Sunday, February 01, 2009

Santai: Something light to Share

Daku rasa mungkin dikau sudah banyak kali membaca mengenai perkara-perkara ini. But, even though I've read this over and over, it never fails to make me smile and feeling good about the life I've been through. Such a wonderful experience one can say ... Enjoy!

The majority of students in universities today were born in 1983. They are called "youth". They have never heard of "We are the World, We are the Children..." and the "Uptown Girl" they know is by Westlife not Billy Joel.

For them, there has always been only one Germany and one Vietnam. They do not know about the Soviet Union, Cold War, and Perestroika.

AIDS has existed since they were born. CD's have existed since they were born.

Michael Jackson is already whitened.

John Travolta is always round in shape and they can't imagine how this fat guy could be a god of dance.

They believe that Charlie's Angels and Mission Impossible are just new films out last year.

They can never imagine life before computers (think Atari).

They've never heard of Pac-Man or Space Invaders.

They can't believe a black and white television ever existed and don't even know how to switch on a TV without a remote control.

And they will never understand how we could leave the house without a mobile phone.

Let's check if we're getting old ...

  • You understand what was written above and you smile

  • You need to sleep more, usually until the afternoon, and especially after a night out

  • Your friends are getting married / having babies

  • You are always surprised to see small children playing comfortably with computers

  • When you see teenagers with mobile phones, you shake your head

  • You've developed more and more feelings about your work. It's now your life

  • You spend less and less time talking on phone with your friends daily

  • You meet your friends from time to time, talking about the good old days, repeating again and again all funny stories you have experienced together

Yes my friend, you're getting old! Ohhh ... ohhh ...

Thursday, January 22, 2009

Serius: Pensyarah baru dan Nota

Waktu duduk senggang menunggu kelas bermula, daku bertemu Puan A. Menyapanya, lalu terus dia melabuhkan punggung dan menyertaiku yang duduk. Terus bercerita tanpa dipinta (oh, Puan A sememangnya ramah, dan kadangkala keterlaluan pula ramahnya).

Cerita punya cerita, termasuklah pada perihal pensyarah baru. Ia bermula setelah ada 2-3 orang pensyarah berjalan melalui tempat yang kami duduk-duduk itu.

"Ramai betul kan new lecturers now. I lost count dah. Dah la tak kenal kenal ... " katanya.

Daku iyakan sahaja.

Kemudian, hikayat sebenar bermula.

"Eh, you know, ada la my student dapat offer jadi contract lecturer in our fac. Hang tau, mula-mula dapat course code, datang la mai jumpa aku ni. OK la, nak mintak nasihat. Mak OK je nok. Tapi, yang tak tahan tu, lepas tanya itu ini, boleh pulak tanya - Puan, nota tak ada ke untuk saya pinjam?

Bengang gila aku. Dah la masa belajar aku suap habis-habisan nota ke depa, ni dah nak jadi lecturer pun nota nak mintak kat pensyarah senior? Mendidih aku."

"Lecturer baru ni memang macam ni. Aku pun tak faham." Daku mengapi-apinya.

"Aku dulu ingat lagi, masa dapat kod baru ... dok berjaga 2-3 pagi tu besa la (biasalah), nak study. Ni, senang-senang nak mintak nota. How on earth, hang nak mengajar, hang ambil nota orang? Akai ada ka? Dah tak faham, mengajar student, lagi bengong la semuanya!" - berapi makcik tu.

"Dah, apa hang buat kat dia?"

"Aku bagi la seketoi parpu. Aku suruh dia pi cari pass years, buat analisis sendiri, tengok topik mana yang di stress kan, pastu buat la nota sendiri. Lagi pun, nota yang aku ajar dalam kelas tu dia pi humban mana? Guna sajalah. Bukan dia tak pernah belajar subjek tu!"

Betoi dak?" -- haih, tanya aku pulak!

"Betul, betul. Memang la kan depa ni ... Tak pa lah, hang relax dulu. Cool down. Aku nak chow pi kelas ... nak mengamuk apa yang patut .."

Hahahahaha .. tawa kami berderai.

Sebenarnya itu merupakan fenomena yang membimbangkan, kerana sekiranya pensyarah bermula begitu, ia merupakan satu petanda jelas bagaimana dia menanggapi kerjanya.

Padaku, menghampiri pensyarah senior untuk meminta nota adalah perbuatan yang sangat memalukan. Ia menunjukkan ketidaksediaan anda untuk menjadi pendidik.

Sudah kunyatakan dalam entri terdahulu bagaimana memantapkan diri walaupun dengan keadaan yang paling tidak bersedia. Jangan sentiasa mahu mencari mudah, kerana yang mudah dapat, mudah saja perginya.

Bila kurenung bait ini, daku terkenang kepada mak, bila ada ketikanya dia membahasakanku:
"Hang ni tak mau susah langsung!"

Mulanya daku membantah, kerana buat apa hendak menyusahkan diri kalau ada benda yang menyenangkan? Buat yang menyenangkan itu. Jangan nak pening-peningkan kepala dengan kesusahan.

Tapi, setelah menilai apa yang berlaku ini, hikmah mak ada benarnya.

Buat yang akan bergelar pensyarah ... tak kiralah apa pun sebab dikau menjadi pensyarah itu, dipaksa, terpaksa, direla, merela - amanah yang terpikul, tunailah sebaiknya.

Mungkin easy say than done ... itulah hakikatnya. Tambah pula kita ini pemberi khidmat kepada orang lain yang menyangkuti seluruh tanggungjawab kita dan hak penerima khidmat itu.

Proses mengajar juga sebenarnya proses kita belajar. Fahamkan diri dengan sefahamnya sebelum memahamkan orang lain. Kalau sedikit fahamnya, usaha, tambahkan pengetahuan. Pokoknya, jangan ambil mudah. Tiada perbuatan yang tiada balasan, tak kiralah semikro mana ia pada tanggapan anda.

Take one step at one time. Seek to understand, then to be understood (mungkin berlainan konteks, tapi tetap relevan).

Apa sangatlah ulangkaji untuk subjek yang pernah anda belajar suatu ketika dulu? Lagipun, anda pasti seorang yang bijak dan cepat faham .. kalau tidak, takkan anda menjadi pensyarah, kan?

Wednesday, January 14, 2009

Serius: Kerana aku pensyarahmu

Dikau tentu maklum mengenai hadis Rasulullah SAW: "Setiap sesuatu amalan itu tergantung di atas niat pelakunya."

Maka, apabila daku menukar orientasi membuat assignment di paper kepada blog, daku berniat untuk membuatkan pelajar-pelajar dapat mencuba sesuatu yang baru serta dapat juga meluaskan ruang lingkup pemikiran mereka ... Tiada lain maksudku ... memang hanya yang itu.

Namun, apabila ada yang mempertikaikan mengenai gred yang daku berikan pada setiap entri tugasan mereka, termenung daku seketika.

Ada yang tidak berpuas hati apabila ada kumpulan yang mendapat A untuk entri yang mereka rasa jawapannya sangat biasa dan tidak setanding jawapan mereka. Malah, lebih teruk, mereka saling kutuk mengutuk di blog mereka - tentunya menggunakan gelar "anonymous" itu.

Pada mulanya, daku merasakan yang daku tidak perlu memberi justifikasi atas setiap gred yang diberikan kepada tugasan mereka. Namun, sedikit penjelasan to clear the air mungkin perlu.

Pelajar-pelajar,
Sememangnya ada ketika kamu merasakan jawapanmu sangat bagus ditambah dengan semua fakta yang kamu lampirkan bersama. Tapi, yang harus kamu ketahui, cara kamu menyusun idea berdasarkan maklumat yang kamu ada adalah lebih utama.

Pasti kamu sudah hafal kalimah yang selalu kuulang-ulang itu:
"Jawab ikut apa yang soalan tanya, bukan jawab ikut apa yang kamu tahu."


Itu kuncinya. Menjawab mengikut soalan dan didasarkan dengan pengetahuan yang kamu ada sebenarnya adalah strategi yang terbaik.

Lagi, jangan kamu kira jawapan yang baik daripada kamu, boleh membuatkan daku merasa perkara yang sama apabila membacanya.

Bagiku,
jawapan yang baik adalah jawapan yang bersifat menerangkan kepada pembaca. Jangan kamu fikir, kamu tidak perlu menyusun idea dan kata dengan wajar hanya kerana pensyarah kamu seorang yang berpengetahuan.

Tidakkah kamu tahu, apabila daku menilai jawapanmu, daku telah 'menghilangkan' segala pengetahuanku untuk subjek itu, hanya kerana daku mahu 'belajar' sesuatu daripada pengamatanmu? Maka, sesiapa yang boleh membuatkan daku berasa 'faham dengan sebenar faham' mengenai apa yang mereka katakan, apakah tidak layak mereka mendapat gred yang baik?


Dan lagi ... keseluruhan persembahan kamu bukan sahaja dinilai pada entri yang kamu tulis itu, tetapi participation kamu di kelas juga. Maka, dengan sebab itu daku letakkan "Grade for the day" dan bukannya "Grade for the entry". Daku seboleh mungkin menjadi seorang yang tidak dianggap pilih kasih. Namun, kira di akhirnya, kamu tetap merasakan demikian, apa boleh daku buat. Selebihnya, kumohon keampunan andai begitu terserlah ketidakadilanku di matamu!

Kesimpulannya -
pastikan bila menjawab, susun idea dan kata-kata supaya pembaca senang mengenal pasti apa yang kamu maksudkan. Jangan membiarkan pembaca perlu "membaca di antara baris" - kerana prinsip itu terpakai bila kamu malu untuk meluahkan perasaan saja. Lebih cepat pembaca faham dengan penyampaianmu, lebih baik. Dan ingat, kamu bertanggungjawab memahamkan pensyarah kamu yang ini, bukan sesiapa yang lain. Kalau orang lain mengomel mereka tidak faham, itu masalah mereka ...

Kerana daku ini pensyarah, daku lebih tahu siapa dirimu di mataku.

Dan, oleh kerana daku pensyarah,
usah gusar dengan kehadiran "minda-minda kelabu'" yang sentiasa akan datang dan pergi sesuka hati.

Dan, oleh kerana daku pensyarahmu,
memahamkan daku, itulah perkara utama yang kamu perlu.

Ingat tu!

Wednesday, January 07, 2009

Santai: Saya rasa sangat 'gay' hari ini ...!

Hah, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Gay kan maksudnya gembira. Maka, ayat itu boleh dibaca - daku rasa sangat gembira hari ini. Bermain dengan kata-kata ini seronok, tahu?

Kenapa daku berperasaan begini?

Untuk seorang pendidik (ewah!), apabila pelajar memberi respon yang sangat baik di dalam kelas, aktif dan berlumba-lumba menjawab - tak kira salah atau betul - itu adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Ia membuatkan kedua-dua belah pihak - guru dan pelajar - berasa pertemuan di kelas itu sangat bermakna.

Daku perlu membuat acknowledgement - kelas itu adalah kelas AMD6PC.

Bukanlah daku bias atau pilih kasih, tetapi yang patut dipuji, harus dipuji. Dan, daku memang mahu memuji mereka. Sepanjang hampir 2 jam, banyak soalan yang ditanya, point dilontarkan, ketawa-ketawa, dan keberanian mereka yang tidak pernah menjawab sangat terserlah.

Harapnya ia bukanlah sekadar spur of moment ... tetapi berterusan sampai ke akhirnya.

Untuk mereka yang membuatkan daku berasa gay hari ini ... daku rasa mahu lebih memberi.

Nak bagi apa?

Dikau ada idea?

Tuesday, December 30, 2008

santai Serius: Diajar, Mengajar dan Belajar - siri 1

Suka daku nyatakan bahawa sekarang ini daku telah berjaya melengkapkan kitaran kehidupanku sebagai pelajar dan pengajar. Belajar dan diajar pun sudah, mengajar juga sudah. Maka, sekarang ini, daku menghadapi hidup dengan menjalankan kesemua ini di atas satu jalan. Maksudnya, sambil mengajar, daku merelakan diri diajar dan belajar. Satu proses yang infiniti selagi kita bernafas dan selama kita mahu.

Tapi, kali ini, daku sekali lagi mahu bicara mengenai menjadi pensyarah yang berjaya.

Walaupun tiada satu petua yang benar cocok, namun, sekiranya ada nasihat yang baik, mengapa tidak diambil pengajaran, kan? Nasihat ini datangnya daripada Edwin Rosinski, profesor dan pengarah di pejabat Pendidikan Perubatan Universiti California, San Francisco yang dibentangkan kepada ahli Persatuan Kolej Farmasi Amerika di Seminar Perguruan 1987.

Ada 27 item yang diutarakan oleh Rosinski, dan daku akan bicarakan berdikit-dikit, 5-6 item sekali perbincangan.

Sekiranya ada antara dikau, pelajar-pelajarku yang membaca entri ini, sudilah kalian respon kepadanya kerana hanya dikau yang menjadi penilai utama setiap apa yang daku lakukan di kelas.

Bolehkah dikau menolong daku? Daku harap dikau tidak keberatan ...


Pesyarah yang berjaya (atau yang baik itu ...) adalah:

Presents material clearly and logically – mempersembahkan material pengajaran dengan jelas dan logik. Setakat ini, cara utama yang daku praktis bila mengajar adalah “talk and chalk”. Daku persembahkan perbincangan dalam bentuk kata kunci, dan daku akan bersyarah berdasarkan kata kunci tersebut. Pelajar perlu menguasai teknik mengambil nota, kerana mereka perlu menilai keseluruhan syarahan itu, yang mana perlu, yang mana tidak. Cara ini sebenarnya tidak berapa digemari oleh pelajar, kerana mereka bukanlah manusia yang gemar bersusah payah. Mereka tersangat suka kita memberikan segalanya kepada mereka – menggariskan apa yang penting, menyusun fakta untuk mereka dan segala-galanya. Namun, maaflah, daku tidak berkongsi value dan preference yang sebegitu. Ya, daku golongan oldschool yang sentiasa percaya no pain, no gain. Sesuatu yang mudah didapati, akan cepat hilangnya. Maka, konsep bersusah payah dalam mendapatkan ilmu sangat daku hargai. Daku mahu dikau semua sama merasai kemanisan meraikan rasa susah payah itu. Kalau dikau fikir susah payah itu halangan, dikau telah membuat satu keputusan yang sangat tidak wajar. Kesusahan itulah yang bakal memberikan kekuatan di saat tidak terjangka. Percayalah.


Enables the student to understand the basic principles of the subject – membolehkan pelajar memahami perkara asas dalam subjek yang diajar. Itulah pentingnya kita bermula dengan memberi overview keseluruhan subjek sebelum kita meneruskan pengajaran. Lakukan secara direct atau indirect. Sewajarnya secara direct, iaitu semasa setiap kali memulakan pengajaran. Daku sukakan indirect (memahamkan mereka secara tersirat – kerana bila menerang yang tersirat kita lebih bebas untuk menasihat atau menyindir mereka di samping memahamkan mereka). Selebihnya, bergantunglah cara mana juga yang selesa kerana apa yang diharapkan adalah kefahaman mereka. Jangan berlepas tangan dengan mengatakan, “I don’t care whether you understand or not,” kerana ini membawa konotasi pelajar lembab memahami. Kadang-kadang terlepas juga mulutku mengucapkan begitu apabila kita bersungguh-sungguh menerang, mereka tetap diam, kaku, tanpa sebarang reaksi. Wajarkan begini saja: kita berhak mengucapkan kata-kata ini seandainya memang ketara kita yang lebih bersungguh memberi, sedangkan mereka seperti mahu tak mahu sudi menerima.


Can be clearly heard – boleh didengar dengar jelas. Sukakah dikau dengan orang yang bercakap seperti di dalam kelambu? Berbisik-bisik sahaja. Dalam penyampaian ilmu, pastikan apa yang disampaikan boleh didengar dengan baik. Bagaimana? Sebolehnya, bila bercakap, pastikan sebutan dikau adalah jelas – tak kira lah dalam bahasa apa sekalipun syarahanmu itu disampaikan. Jangan menelan perkataan yang dikau tidak tahu. Cara mudah, sebelum ke kelas, pastikan segala bentuk sebutan yang memberi masalah untuk disebut dijelaskan. Maklumat di hujung jari – dikau boleh saja menaip perkataan tersebut pada mirriam-webster dictionary, dan dia pasti sudi menerangkan. Atau, secara quick-solution, tanya saja pensyarah bahasa – moga-moga mereka itu orang yang fasih bila berbahasa.


Makes material intelligibly meaningful – menyediakan material yang berguna dan bermakna. Siapa tidak mahu dikatakan bijak? Frasa bijak itu sendiri sangat tinggi nilainya. Maka, terjemahkanlah kebijaksanaan seorang pensyarah itu kepada material yang diberikan kepada pelajar. Bagaimana membuatkan material dikau bijak dan bermakna? Walaupun dikau telah mengajar subjek yang sama sejak sekian lama, jangan dikau biarkan notamu itu tidak dikemaskini. Janganlah dikau berpuas hati memberikan pelajarmu nota yang sama yang dikau pelajari 10-15 tahun dulu. Sedarkah dikau yang dunia hari ini bergerak terlalu pantas? Mahukah dikau dipersalahkan sekiranya pelajarmu tersekat di kapsul masa dengan mempercayai bahawa apa yang diajar oleh pensyarah mereka menggunakan nota lampau boleh menyelesaikan masalah hari ini? Kita ini mahu menghasilkan generasi yang cepat berfikir dan cepat bertindak. Nota lama biarkan jadi sejarah, berikan mereka sesuatu yang kontemporari dan gunakanlah kekuatan dialektik mu untuk memaknakan pemikiran dikau dan mereka.


Maintains continuity in the course – memastikan kesinambungan di dalam kursus. OK, pertamanya, daku pun kurang pasti apakah kesinambungan itu. Namun, daku rasa, kesinambungan itu bermaksud ada flow yang sempurna apabila dikau menyampaikan lecture. Dengan kata lain, mengikut bab yang dirangka. Bagaimana mahu memastikan kesinambungan itu? Di sinilah letaknya kepada perancangan kuliah yang sistematik. Jangan diingat perancangan kuliah itu hanya perlu untuk tujuan audit sahaja. Ia sangat membantu dikau dalam merangka keseluruhan penyampaian ilmu itu. Manusia kan tidak lepas daripada lupa? Maka, perancangan kuliahmu itu jawapan yang baik kepada maksud kesinambungan itu.


Has a democratic approach – mempunyai pendekatan yang demokratik. Democratic approach? Sejauh mana mahu menjadi demokratik? Idea demokrasi sebenarnya bermaksud, semua orang (pelajar dalam kes ini) mempunyai hak yang sama di dalam kelas – hak untuk bertanya, berdiam diri dan sebagainya. Maka, dalam konteks kelasmu, sebaik mungkin jauhilah perbuatan diskriminasi dan favoritisme itu. Diskriminasi akan membuatkan pelajar berasa sangat jauh daripadamu dan favoritisme itu membuatkan mereka merasa bahawa tiada guna mereka berada di kelasmu. Apabila itu terjadi, kelasmu tak ubah seperti sebuah negara apartheid. Lebih daripada itu, bagaimana dikau akan menjawab sekiranya hancurnya kehidupan seorang pelajar hanya kerana sikap tidak demokratikmu itu? Layan semua dengan sama walaupun hatimu terlalu ingin memberi perhatian kepada yang tertentu. Dikau tidak dibayar untuk memberi perhatian hanya kepada seorang pelajar, bahkan semua. Demokratik secara mudah bermakna, membenarkan semua pelajar mengambil bahagian di dalam kelas dan menerima segala bentuk pandangan dan jawapan mereka tidak kiralah sejauh mana tidak bersetujunya dikau dengan jawapan itu. Kalaupun mereka salah, itu adalah sesuatu yang normal dan classroom is the place where you are supposed to do mistakes without fear of being punished. Jangan memaksa mereka bersetuju dengan pandanganmu kerana paksaan jarang membuahkan keputusan yang baik. kalaupun harus memaksa, lakukan secara subtle supaya tidak terkocak ego intelek mereka.


Mendidik generasi kini perlu lebih daripada sekadar menarik rambut di dalam tepung. Hormatilah mereka dan jangan dimalukan mereka di hadapan rakan, kerana tiada siapa yang rela dimalukan hatta sehina-hina makhlukpun. Respect is earned after all.

Bagaimana?

Ya, menjadi baik itu kadang-kadang mudah, namun selalunya agak sukar juga. Maka, gunakanlah logika dan kemanusiaan mu untuk memudahkan segalanya. Sekiranya tidak dapat dilakukan semua, jangan ditinggalkan semua. Tiada sesiapa yang berhak mendakwa cara ini atau cara itu betul, kerana di akhirnya semuanya adalah pilihan kita.

Buatlah pilihan yang baik untuk dirimu dan pelajarmu.

Sunday, December 21, 2008

Santai: Teruskan Kecemerlangan itu

Khamis, 18 Disember yang lalu, telah diadakan Majlis Makan Malam sempena Minggu Kualiti peringkat kampus. Bersekali dengan majlis tersebut turut diadakan penyampaian anugerah khidmat cemerlang dan anugerah khidmat setia bagi mereka yang telah berkhidmat selama 20, 25 dan 30 tahun.

Mereka ini antara yang mendapat anugerah cemerlang. Tahniah diucapkan.



L-R: Datin Hjh. Wan Esah, Fathiyah (bukan penerima), Anita, 'Atiqah Rashidah dan Normawati


Bersama Anita dan Normawati

Sedihnya, fakulti kami tiada siapa yang tercalon. Mungkin KP tak percaya dengan kerja-kerja anak buahnya, kot!


Cemerlang selalunya diukur dengan penghasilan kerja yang dibuat. Namun, cara kerja dibuat tidak akan menjadi persoalan kerana siapa yang akan kisah dengan jalan kerja kalau end nya sangat memuas hati?

Adakah daku bitter?

Tidak. Cumanya kadang-kadang tidak dapat menahan diri dari membanding penerima hadiah tersebut dengan kualiti kerjanya (mereka yang di dalam gambar itu tidak perlu khuatir dengan pandangan ini kerana mereka sememangnya layak menerimanya!).

Pernah juga daku mendengar, ada yang dicalon mendapat anugerah berdasarkan 'sentimen kawan' - maksudnya, semasa si A menjadi ketua, dia melobi B untuk mendapat anugerah walau kualiti kerja B tiada langsung. Dan, ketika si B menjadi ketua, it is pay back time -- lagi sekali, kualiti kerja tidak diambil kira.

Menjaga kecemerlangan adalah cabaran yang besar berbanding usaha mendapatkannya. Ia pasti akan menjadi kayu ukur terhadap pekerjaan yang kita lakukan kemudian hari. Namun, ia juga satu bentuk motivasi yang sangat bagus untuk memberikan yang terbaik.

Pada mereka yang menerima anugerah dengan sebenar usaha dan kecemerlangan itu, tahniah diucapkan. Moga kecemerlangan itu akan berkekalan dalam pelbagai bidang.

Bagi yang belum terbukti cemerlang seperti daku ini ... (well, I save the best for the last! .. huhu) ... daku akan terus menjalankan tugas dengan sepenuh hati. Mungkin ganjarannya tidak nampak di mata, tapi bertaburan di jalan hidup kita yang selainnya.

Andai diiktiraf, berbangga dan teruskanlah kecemerlangan itu.

Andai tidak, berlapang dada, dan cubalah untuk terus memberi kerana ibarat kata Ustaz Hasrizal, "erti hidup dengan memberi".

My eyes are green with envy ... tapi orang tak perasan .. sebab semuanya pakai baju hijau ... ahaks!

Tahniah dan tahniah lagi untuk anda semua!

Friday, December 19, 2008

Santai: Bagaimana result kamu?

Sedari semalam, handphone ku 'bertali arus' (wuhuuu) menerima sms daripada students yang berjaya (baca: lulus) dalam exam yang lepas. Macam-macam bentuk ucapan diterima. Ada setengahnya tak sanggup daku terima. Haih.

Begitulah selalunya, kan?

Sekiranya kita berjaya, kita selalu rasa terhutang kejayaan kita dengan orang di sekeliling kita. Well, tak payah hairan, kerana orang Malaysia ini antara yang tergolong dalam kelompok collectivism - kata Hofstede. Siapa dia, tanya Prof. Google.

Tapi, bagaimana kalau tidak berjaya?

Kita akan nisbahkan kepada orang lain juga. Sebelum akhirnya menyalahkan diri, kita akan sebolehnya menuding kepada orang lain -- lebih-lebih lagi kepada yang 'bertanggungjawab' menyumbang kepada kegagalan itu.

Daku tidak kisah - sama ada dikau mahu suka atau benci daku kerana keputusan exam mu itu, kerana daku percaya setiap keputusan yang dikau raih, dikaulah penentu.

Dikau dapat A atau E sekalipun, dikau yang menentukannya. Daku tidak lebih sekadar menilai apa yang dikau fikir dan luahkan di kertas itu. Daku tidak mengira peribadimu untuk menggagal atau meluluskanmu. Daku tidak menggagalkan dikau walau dikau amat kubenci (uhuh!)

Tapi tidak mengapa. Marah kalau itu yang dikau mahu. Moga dikau lebih mahu berusaha untuk terus berjaya di masa hadapan.

Good luck!