Sunday, April 11, 2010

Serius: Bertanggungjawab ... biar sampai tertonggeng untuk menjawab.

Picture credit


Semester ini sudah semakin menghampiri penhujungnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Dan, daku semakin dimamah usia ... (motip bermelankolik begini? ... hehehhe).

Sekarang masa untuk menghabiskan segala bentuk assessment - tests, quizzes, term paper and presentation. Berpinar-pinar biji mata dibuatnya. Paling mengharu-birukan, sekiranya masa untuk buat semua itu terbabas sedikit ... boleh buat kita jadi kelam-kabut.

Daku? Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar -- maksudnya, time untuk assessment. Cuma, bila part nak marking je, daku jadi sedikit meroyan. Bosanlah. Alangkan baca novel cinta pun boleh bosan, tambahan membaca jawapan yang ntahapapantah ... boleh dapat stroke! Nauzubillah!


OK, berbalik kepada tajuk entry tu:
Bertanggungjawab.

Frasa yang sering selalu kita dengar, tapi selalu juga kita takes for granted. Penulis ini juga tidaklah terkecuali. Sering juga kita diingatkan setiap dari kita ini akan dipertanggungjawabkan di atas setiap apa yang kita lakukan. Namun, bukan itu yang mahu daku bicarakan.

Ini cerita mengenai pelajar dan pelajaran mengenai tanggungjawab.

Sedari awal semester, telah jenuh pelajar-pelajar ini diingatkan, bahawa mereka tidak akan dapat peluang untuk re-test sekiranya mereka gagal hadir untuk kali pertama test itu diadakan - dan tentunya dengan reason yang valid --- untuk kelasku, tiada reason yang valid, kecuali sakit dan mati! Kufikir semua telah jelas.

Segalanya berjalan lancar, sehinggalah berlakunya proses memasukkan markah assessment. Baru terperasankan bahawa ada pelajar part 1 yang belum mengambil Test 2. Dua orang. Puas kucari kertas jawapan mereka - mana tahu tercampur dengan kertas jawapan kursus yang lain. Tiada.

Kemudian, daku memutuskan untuk bertanyakan empunya diri semasa di kelas. Dan, sebelum memulakan kelas, daku tanyakan mengenai pelajar-pelajar ini. Oleh kerana meraka lambat ke kelas, maka rakan-rakan lain menjawab bagi pihak pelajar-pelajar ini -- mereka tidak menghadiri test. Fine.

Habis kelas, daku memanggil salah seorang daripada mereka untuk bertanyakan sebab ketidakhadiran. Dia berwajah tenang. Sedikitpun tidak tergugat dengan pertanyaan itu. Melihat keadaan itu, daku pun berkata:

"Fine. Nampaknya you tak kisahkan markah you. Well, after all pun cuma 10% daripada whole assessment. OK, so, no re-test for you."

Dan dia pun berlalu. Daku? Arghhhhh ... meroyan sendiri? Saja je ... hehehe

Kemudian, sampai ke pejabat, seorang lagi yang tidak mengambil test tersebut datang berjumpa. Kutanyakan alasan ketidakhadirannya.

"Saya balik kampung Miss ... ambil baju untuk dinner."

Daku hilang perasaan. Apakah? Bagaimanakah? Kenapakah? Why? Why kadawalla kilometer kallala?

Pertaruhkan test untuk dinner fakulti yang tidak membawa sebarang merit itu (dan dinner itu berlangsung seminggu selepas test)? Mungkin soalan untuk nampak dan jadi glamour itulah nilaian utamanya. Aduhai!

Maka, keputusannya tetap sama. Dia juga tidak boleh re-sit for test. Bukan bengangkan alasan ambil baju dinner itu sahaja ... tetapi disebabkan ketidakprihatinannya untuk memaklumkan perkara itu kepadaku sampai daku pula yang terpaksa bertanya.

Orang lain mungkin rasa perkara ini remeh, tapi ini soal kebertanggungjawaban. Kalau perkara asas pun boleh diremehkan, apa hal pula yang lain-lainnya? Setiap perbuatan ada akibatnya. Maka, gagal menentukan prioriti, terimalah sebegitu.



Adakah daku akan dipertanggungjawabkan sekiranya pelajar ini tidak lulus?

Daku tak rasa bertanggungjawab untuk menjawab persoalan itu.