Wednesday, May 27, 2009

Emosi: Perlukah aku ....?

Adakah ini kesan psikologi atau apa?

Sejak 2-3 hari kebelakangan ini daku diterpa perasaan 'hilang minat'.
Hilang minat itu bukan pada kerjaya, tetapi kepada subject matter yang sedang daku ajar. Daku rasa bosan dengan politik. Daku rasa mindaku tepu untuk membuat sebarang analisis untuk setiap fenomena politik yang berlaku. Daku mula rasakan apa yang kebanyakan orang rasa mengenai politik. I've lost my interest ... absol ... oh no ... not yet ... tapi memang dah ke arah itu.

Ada orang kata ... dalam hidup ini timbangkanlah perkara-perkara ini sebelum bertindak:


What I like vs. What I know;
What I know vs. What I could
;
What I could vs. What I should.

So, should I resign? Should I go? Should I do something else?

I'm not so sure what I'm really good at ... urghhh!

Well, untuk dikau di luar sana ... inilah realiti kehidupan.
Ada masa dikau akan rasa kehidupan sangat teruk dan perlu ditamatkan segera .. err ... bukan bunuh diri ... tapi tamatkan keadaan yang teruk itu!

Am I suffering from burnout? I think so.

and I think, I need 'kit kat moment' right now.

.. sigh!

Sunday, May 10, 2009

Santai Serius: Jangan Bilang Tidak

Ini bukan berkenaan tajuk lagu ya …

Daku menjadi pensyarah belumlah lama. Tahun ini baru tahun ke-enam. Namun, sepanjang enam tahun itu, banyak sudah yang daku lihat, rasa dan alami. Dan, semua pengalaman itu menjadi acuan untuk apa yang daku lakukan hari ini.

Teringat masa mula-mula masuk kerja, banyak kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki diserahkan kepadaku. Dari perihal menyusun jadual, menulis laporan, menjadi pengiring lawatan pelajar, menjadi AJK Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainyalah. Ibarat kata si Labi dalam filem Labu Labi: “Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja.”

Begitulah keadaannya. Kesemua itu diterima dengan sepenuh hati – walau ada rasa mahu memberontak disebabkan tekanan kerja, amanah tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Namun, dalam masa yang sama, ada satu rasa yang sukar diungkapkan kala kerja-kerja itu mendapat pengiktirafan dari pihak tertentu. Terasa mahu selamanya menyumbang kepada institusi ini. Dan, kukira, itulah yang menerbitkan komitmen untuk lebih memberi.

Tambahan, menyedari bahawa daku adalah orang baru, di tempat baru, daku cuba mengambil resam, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak (daku suka tambah: masuk kandang babi, menyondol :p). Bukanlah mahu menunjuk rajin, cuma ada rasa mahu merasai kerja-kerja berpasukan itu.

Selepas enam tahun, daku menyaksikan pensyarah lama yang bersara dan kehadiran pensyarah baru yang muda cergas, daku mengesan satu fenomena yang daku rasa sedikit tidak kena. Apa dia?

Terdapat pensyarah baru yang terang-terangan menolak sebarang bentuk jawatan yang boleh dianggap menyumbang kepada universiti – hanya kerana jawatan itu tidak berbayar dan jawatan itu memerlukan dia memberi komitmen yang lebih di luar tugas hakiki. Yang mahu dipentingkan bagaimana mahu naik pangkat dengan cepat dengan banyak menulis dan membuat penyelidikan. Bukan sedikit kes, bila dipilih menganggotai jawatankuasa tertentu, muncung bibir boleh diikat buat penyangkut baju. Membentak-bentak tidak mahu. Tapi, kala mengisi SKT, tiba-tiba muncul segala macam aktiviti. Hairan juga daku. Tapi, berbaik sangka sajalah. Rezeki dia kot.

Ya, daku akur, penulisan dan penyelidikan terlalu penting untuk perkembangan karier seorang pensyarah. Namun, memberi sedikit sumbangan kepada institusi kita bekerja tanpa mengira ada bayaran atau tidak, daku kira adalah satu bentuk social responsibility – lebih kurang bermaksud – orang memberi kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Penulisan dan penyelidikan akan memberi manfaat kepada kita sahaja (manfaat daripada penulisan dan penyelidikan kepada orang lain itu, lain cerita) maksudnya, kalau banyak tulisan dan penyelidikan, cepatlah kita naik pangkat. Dan, pangkat itu selalunya dinikmati oleh kita sahaja. Apa pula kisahnya dengan memberi khidmat lebih daripada yang diminta?

Tidakkah kita terasa mahu berjasa kepada institusi yang membuatkan kita mendapat pangkat?

Tidakkah kita mengira bahawa banyak peluang yang telah disediakan oleh institusi supaya kita boleh menggapai cita-cita kita?

Semua itu adalah pilihan. Dan, sememangnya daku suka mengulang frasa, hidup adalah pilihan. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Yang ada hanya pilihan demi pilihan. Kalau mahu bilang tidak, itu juga sebuah pilihan, bukan?


"You only live once, but if you do it right, once is enough" – tak ingat siapa yang kata ..

Saturday, May 09, 2009

Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Hahaha.

Setelah sekian lama, daku seakan baru teringat yang daku mempunyai se'bidang' blog yang perlu kuusahakan. Dan, setelah sekian ketika, kini daku akan kembali mengerjakannya.

Demam peperiksaan dengan rasminya tamat semalam - 8 Mei 2009. Namun, demam pasca-exam itu belumlah habis. Tapi, bagi diriku, Alhamdulillah, semunya telah dibereskan. Walau sedikit kecewa dengan performance pelajar, daku masih boleh tidur lena. -- Ya, bagi pelajar yang membaca blog ini ... untuk subjek DA, kelas A, 12 orang failed. Kelas B, 4 orang. Kelas C, 2 orang. Dan, kelas D, 11 orang. Sesiapa yang terasa mereka tergolong di dalam golongan berikut, sila bersedia untuk sub-paper yang peperiksaannya akan diadakan pada pertengahan Jun nanti. Atau, sediakan duit untuk re-check sekiranya dikau rasa daku tidak meneliti kertas jawapanmu dengan sebenarnya [sepatutnya perkara ini tidak boleh diwar-warkan kerana belum rasmi ... namun, selagi pihak-pihak tertentu remain anonymous, daku rasa berita ini OK saja.]

Oh ya, daku tidaklah mahu berceloteh panjang untuk 'entri kembali' ini. Namun ada 2-3 perkara yang kukira sebagai snippet untuk entri akan datang mahu kucatatkan di sini. Antaranya:

  • Jangan bilang tidak.
  • Siri Diajar, Mengajar dan Belajar.
  • Lebih memberi, lebih yang kamu terima.
  • Cinta Hati Saya.
  • Mahu Ikut?

Apa cerita semua itu? Rahsia lah.

Mana boleh diceritakan lagi. Nama pun snippet.
Sekurang-kurangnya untuk memberitahu dikau bahawa daku masih aktif dan OK untuk mengerjakan blog ini. Dan, memberi kepastian bahawa dikau tidak perlu merindukan daku keterlaluan kerana daku masih berada di sini [jangan nafi, daku tahu dikau itu .... :p]


Sampai jumpa lagi.

Wassalam




P/s: Pada 1 Mei yang lalu, genaplah setahun usia blog ini. Daku berdoa semoga daku akan sentiasa mampu untuk memeliharanya untuk setahun yang akan datang. InsyaAllah.

Wednesday, April 22, 2009

Holiday is over!

I'm baaaaaack!

Syok betul lama bercuti dari ber'blog' ni ... Serasa banyak aspek kehidupan lain yang perlu diladeni selain daripada perbuatan nan satu ini.

Jenguk-jenguk ke kotak chat, ada juga yang mengambil iktibar cerita temuduga dan mock teachingku walaupun ceritanya tidak lah seberapa. Semoga anda yang berkenaan, akan berjaya dengan apa yang anda lakukan.

Sekarang ini tengah sibuk dengan perihal exam. Invigilate, buat assessment, consultation, marking - peak season untuk seorang pensyarah. Lepas ni daku mahu bercuti lama. Tapi, tak pasti akan berkesempatan atau tidak.

OK lah, sekadar makluman daku sudah balik.

Sampai jumpa lagi di lain entry. Chow!

Saturday, March 21, 2009

Santai: Menyantai

I'm on blog sabbatical .. will be back soon.

InsyaAllah.

Thursday, March 05, 2009

Emosi: Aku telah kalah ...

Semalam hari cuti ulangtahun pertabalan DYMM Sultan Terengganu. Hari Isnin nanti cuti Maulidur Rasul. Tapi masih ada kelas hari Khamis dan Ahad untuk sebahagian daripada pelajar, dan daku tidak berhajat untuk memberi kelepasan untuk hari tersebut walau apapun alasan mereka beri. Daku malah memberi amaran kepada sesiapa yang tidak hadir untuk kelas-kelas pada hari tersebut tidak akan dibenarkan untuk menduduki test 2, and I mean it.

Khamis. Daku sampai ke kelas tepat 8.00 pagi. Lampu sudah terpasang, ada 3 beg, tapi tiada orang. OK, mungkin mereka keluar. Daku on kan aircond, dan duduk di meja pensyarah. Sambil menunggu, daku menanda kertas ujian kelas lain.

8.03am. 5 orang pelajar perempuan masuk. Daku terus menanda kertas. Sambil itu, daku berikan slip kedatangan untuk ditandatangani.

8.11am. Masuk lagi 4-5 orang pelajar lelaki. Senyap-senyap sahaja. Mungkin mereka perasan mereka telah lambat masuk. Daku terus menanda kertas.

8.15am. Ada 5 orang pelajar lagi yang masuk. Riuh-rendah, riang gembira. Tak terasa langsung mereka telah berbuat salah. Daku biarkan sahaja.

8.16am. Pelajar terakhir masuk. Raja datang lambat. Daku biarkan juga.

Setelah mereka bersedia, daku biarkan mereka menunggu selama 5 minit tanpa berbuat apa-apa. Kemudian, daku memulangkan kertas ujian mereka yang lalu - seorang pun tak lulus - dan daku berkata dengan tenang:

"Tak ada seorang pun yang lulus and I really don't have any words to describe my disappointment. I think, no matter what, I never good enough for you. That's all for today. You all boleh balik. Thank you. Assalamualaikum."

Daku terus meninggalkan kelas tepat 8.22am.

Daku telah kalah. Kalah dengan situasi. Mungkin daku tidak kuat mencuba. Mungkin daku cukup tegar. Mungkin .... ya .. segalanya berkemungkinan.

Daku rasa berulangkali sudah daku katakan ... kalau ada yang tak tahu tapi masih mahu belajar, daku berjuta kali sudi mahu memberi ... tapi, kalau mereka terang-terangan tidak bersifat mahu belajar, terasa seluruh usaha dibaling ke muka.

Sakit.

Sedih.

Pedih.


Daku manusia biasa. Daku rasa perlu menangis untuk sebuah berian yang tidak pernah dihargai.

Persoalan: Adakah daku ikhlas selama ini?

Mungkin tidak seberapa ikhlasku, hingga mereka gagal untuk memanfaatkan segala-galanya.

Daku kalah!

Monday, March 02, 2009

Santai: Haaaa? Astaghfirullah!

Semalam lecture subjek Organizational Politics, sampai kepada sub-topic how to minimizing / curbing political behavior in organization, dan salah satu cara adalah - where resources are necessarily scarce, introduce clear rules and regulation to specify the use of the resources.

Lalu, daku berikan analogi scarce resources dengan merujuk kepada buku bertaraf
red spot di perpustakaan.

Daku:
Let say, we do need a book which may cost RM1000 per book. Since the university doesn't have any allocation for that, it may purchase a book. Thus, the book becomes scarce. As to prevent the political behavior (as people may hide or keep it to himself or etc), the book may be put in the red spot section and there will be clear rules and regulation to specify the use of book.

Well, what usually the rules that specify the use of red spot book?


Red spot from here
Mereka:
*Terpinga-pinga dan bercakap-cakap sesama sendiri

Daku:
Hello .... anybody there?

Mereka:
*Masih senyap dan berbisik-bisik

Daku:
Oh, come on ... don't tell me that you never heard of red spot collection?

Mereka:
*Tersengih dan mengangguk

Daku:
You don't know the red spot collection? Ohhh!!! - Daku kehilangan kata.


Mereka tersengih-sengih.


Daku tak tahu apa yang harus daku katakan dan rasakan lagi.

I think I rest my case now.

Allahummarzuqni sabran waj'al hum min an-najihuun ... InsyaAllah!