Tuesday, October 11, 2011

Andai aku seorang filosuf: Adab Menegur dan Menerima Teguran (guru dan pelajar)


Setelah lama tak ber'blog', tiba-tiba mahu berangan menjadi filosuf?

Daku temui cara baru untuk meneruskan kelangsungan berblog --
re-write your FB status and expand the idea.

Daku menulis di FB:


Kemudian ramailah yang respond. Ada di antara mereka berkata, mereka tak berani nak mengatakan apa yang diajar itu salah, walaupun perkara itu memang betul salah, kerana takut lecturer (baca: daku) tak boleh terima.

Sedih sebenarnya bila pelajar berperilaku begitu dek assumption yang begitu.

Memang dalam kelas daku selalu akan mematahkan hujah mereka yang lompong (fakta ke laut, data tak ada) dan mereka ini rupanya memang tidak akan membalas.
Mungkin kerana pada anggapan mereka, kalau terlebih berdebat dengan pensyarah, markah jadi tak lulus.

Well, tak boleh nak salahkan juga - kerana mereka akan bertindak mengikut pengalaman.

Tapi, sayanglah kalau begitu. Mungkin selepas ini daku harus highlight
keutamaan menegak hujah, dan membetulkan kesalahan - tak kira di pihak mana, pensyarah atau pelajar.


Kesimpulannya:

(1) Ada ilmu, gunakanlah untuk membetulkan yang salah, jangan didiamkan walau niatmu untuk tidak memalukan gurumu. Kisah Hassan dan Hussain RA semasa menegur org tua yang salah dalam berwudhuk boleh dijadikan iktibar

‎(2) Buat seperti Socrates, menjawab soalan dalam bentuk pertanyaan. Boleh menggalakkan healthy discussion

‎(3) Buat pendidik, usah dibanggakan sangat dengan ilmu yang ada, kerana anda bukanlah tahu segalanya dan ilmu itu bukanlah anda yang ciptakan. Merendah diri dan mengakui kesalahan adalah lebih mulia daripada berdiam dan bertahan dengan kesalahan.

‎(4) Buat pelajar, berhujahlah dengan penuh adab. Berterima kasihlah selalu, kerana dengan guru itulah kamu belajar banyak perkara. Andai hujahmu tidak diterima setelah dihujahkan dengan penuh adab, diamkan sahaja, dan panjatkanlah doa kepada yang Maha Kuasa supaya memberikan hidayah buat gurumu.

Wednesday, June 22, 2011

Berguru kepalang ajar ...



Hari ini daku ada perbincangan dengan pelajar bahagian 6 mengenai Social Change. Mereka perlu membuat analisis terhadap sebarang fenomena yang berlaku dalam masyarakat yang memberi kesan langsung kepada mereka. Banyak yang salah daripada yang betul analisisnya. Tapi, tak kisahlah, mereka kan masih belajar.

Apa nak cerita sebenarnya?

Sebelum itu kami berbincang mengenai perkembangan bidang Development Administration (DA) mengikut eranya sehinggalah sampai ke era 90an, di mana perkembangan DA menganjurkan kepada penghasilan human capital yang bermutu. Dan, antara petunjuk human capital yang berkualiti adalah k-worker (daku tidak berhasrat untuk explain mengenai perkara ini dengan panjang lebar).

Secara berseloroh, daku bertanya kepada mereka, adakah mereka merasakan mereka itu sebahagian daripada human capital yang berkualiti? Tahukah mereka apa itu k-workers? Seperti yang diduga, tiada ramai yang tahu apa maksudnya. Maka, daku kata, k-worker tu stands for kambing, kolot-workers ... ketawa sajalah yang mereka tahu. Urghhh!

Tak apalah hal itu, tapi cuma anda semua tengok gambar di atas itu? Apa yang anda rasa?

Itu adalah nota yang ditinggalkan pelajar kepada seorang pensyarah - perhatikan ayat yang digunakan -- SILA HUBUNGI SAYA TENTANG PENGULANGAN MODUL -- dan ditambah dengan perkataan URGENT di atasnya - seolah-olah pensyarah itu yang nak mengulang daripada dia.

Pendapatku: PELAJAR INI TERLALU BIADAP!

Inilah social change yang berlaku sekarang - pada bentuk perhubungan manusia.

Seingatku, pada zaman daku belajar (1995 - 2000), zaman yang tiada FB, dan penggunaan HP pun masih di tahap awal, kami sangat menjaga tutur bahasa, biarpun untuk meninggalkan nota di pintu atau di notice board pensyarah. Teliti sungguh-sungguh perkataan yang mahu ditulis, kerana hormatnya kepada pensyarah tersebut (biarpun di belakangnya kami kutuk gila-gila punya). Sementelah pensyarah adalah foreigners, bersungguh-sungguh menulis nota yang grammar-error free - supaya pensyarah senang hati memenuhi apa yang kita, pelajar, ini mahu. Kita orang yang mahu meminta, maka, mintalah dengan hormat.

Tapi, yang terjadi hari ini? Senak perut, serabut kepala otak.

Apabila ditegur oleh pensyarah yang terlibat dalam hal ini (pensyarah call pelajar itu), pelajar biadap ini SMS kepada pensyarah tersebut:
"If you'd be kind as to forward a copy of the picture you took of the TWO (2) pieces of A4 paper that I wrote to via phone via MMS, I'd really apperiacite (sic) it. It's nothing personal. I just want to lodge a complaint on the service in UiTM. Thank you very much."

Sejuta kesimpulan boleh dibuat, bersetuju atau tidak. Bagiku, ayat-ayat Bung Karno adalah kesimpulanku:

"Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah, tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri."


Ya Allah, lindungilah anak-anak ini daripada segala kesulitan dan permudahkanlah segalanya. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesabaran yang tinggi dan hilangkanlah rasa jemu untuk terus mendidik. Amin.

Wednesday, June 08, 2011

Santai: Indahnya hidup



Untuk pendidik:
Apakah dikau akan merasa bangga apabila mendapat hasilan begini daripada pelajarmu?


Untuk pelajar:
Adakah dikau rasa dikau layak mendapat markah yang tinggi untuk kerja begini?



You sow what you reap ... so, untuk kedua-duanya, bila nak demand macam-macam tu, tolong sedar diri sikit.

Sunday, February 06, 2011

Santai: Doaku Untukmu ...

Hari pertama selepas semester break ... Sungguh mengujakan!

Kenapa?

Kerana daku telah membebaskan diriku daripada mereka. Itu yang mereka mahukan, itulah yang mereka dapat. Semoga mereka bahagia dan terus berjaya.

Doaku untuk mereka ... pada setiap bait-bait ini ..

**Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku

Kan menghapus dukamu sayang
Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku

Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu

Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku ..



**Baik-Baik Sayang by WaliBand

Friday, January 21, 2011

Santai: Bila kebaikan tidak pernah wujud

Entri pertama!

Saat daku mula menulis ini, ada rasa yang tercuit, ada fikir yang membelit - namun, terima kasih kepada rasa begitu, daku boleh buat entri ... hehehe.

Daku tidak pernah menjangkakan bahawa bagaimana cara daku mengendalikan kelas membuatkan daku menjadi pensyarah paling teruk sekali. Selama 7 tahun di bidang ini, cerita geram-geram, marah-marah sayang dari pelajar terhadapku kerana daku suka 'mengusik' sahaja yang sering kudengar. Tapi, apa yang berlaku di permulaan tahun ini sedikit mengocak. Tidak menjejaskan, tapi bagai dikata, ada rasa tercuit sikit.

Daku rupanya tidak sedar perbuatan menegah pelajar daripada masuk kelas bila mereka lewat dariku, atau bertanyakan soalan semasa perbincangan dan menyuruh mereka melakukan kerja adalah perkara yang tidak digemari pelajar. Dan, bukan setakat itu, disebabkan melakukan perkara-perkara itu, daku adalah pensyarah 'garang nak mampos'!

Nampaknya, segala yang daku lakukan itu adalah perkara yang bolehlah daku ibaratkan sebagai perkara 'syok sendiri' - sendiri buat, sendiri rasa macam bagus. Kemungkinan besar, perkara-perkara itu faedahnya untuk daku sahaja, bukan untuk mereka. Daku buat kerja, kerana daku yang akan jawab final exam. Daku buat latihan elok-elok adalah kerana daku yang akan dapat diploma nanti!

Ketaranya mereka lebih suka kepada pensyarah yang tidak kisah apa yang mereka mahu lakukan. Yang mungkin tidak kisah kalau mereka tak buat kerja, yang tidak kisah untuk mereka datang ke kelas lambat, tapi bila tiba masa penilaian, markah setiap orang hampir 'perfect'.


Daku pernah diminta oleh seorang pensyarah lain supaya terus-menerus bersikap tegas kepada pelajar kerana katanya dia tidak boleh jadi sepertiku. Katanya lagi, oleh sebab pelajar-pelajar telah terbiasa denganku yang tegas, kerjanya jadi sedikit mudah.

Kutanyakan pada dia dalam nada gurauan, "Jadi, I ni kena jadi bad cop dan you get all the perks of becoming good cop?"

Dia tersengih sahaja - dan dia memang mengaku dia tidak 'sampai hati' nak marah pelajar.

Kembali ke cerita asal.


Pada sem ini, kelas dibuka dengan banyak supaya pelajar dapat belajar selesa dengan ratio 1:30. Namun, oleh kerana ramai yang fobia dan menyampah denganku, ramai yang mendaftar di kelas pensyarah pujaan mereka. Daku sememangnya tiada masalah. Yang menjadi masalah, apabila mereka memilih pensyarah yang mereka suka, jumlah dalam kelas akan menjadi tidak seimbang. Dan, yang affected bukan daku sahaja, malah semua yang mengajar.

Apabila rungutan ini tiba, daku bertindak meminta penasihat akademik (PA) masing-masing memasukkan nama mereka mengikut kumpulan asal mereka (pelajar-pelajar ini telah dibahagikan mengikut kumpulan semasa mereka mula masuk mendaftar). Maka, ramailah yang 'meroyan' kerana ada yang memang mahu mengelak daripada masuk ke kelasku at any cost. Sampai sanggup pergi menipu kepada PA bahawa sekiranya mereka mendaftar di kelasku, jadual mereka akan clash - sedangkan daku yang menyusun jadual mereka dan tersangatlah maklum mana yang clash dan mana yang tidak.

Dan, ada juga kes yang sms ku memberitahu sekiranya dia kena masuk kelasku, dia akan pergi berjumpa pengarah untuk buat rayuan kerana dia akan berasa tension belajar denganku. Kiranya sampai sanggup terjun bangunan daripada nak belajar denganku. Yang paling best, remark akhirnya berbunyi:

"Duk kelas miss susah nak skor ..."


Bila kusemak keputusan exam sem lepas pun, skornya setakat C untuk hampir semua subjek dan berstatus gagal untuk subjek ku.

Ada lagi yang menarik, bila ada rakan sekerja yang menyampaikan bahawa apabila diberitahu mereka harus tetap mendaftar di kumpulan kelas asal, memaki-maki namaku di luar bilik.
"Fisha punya pasal lah ni. Bangang!"


Maksudnya apa?

Segala kegagalannya akulah penyebabnya. Dia tak boleh skor, aku puncanya. Dia gagal, aku puncanya. Dia tidak pernah salah. Tidak pernah.

Sikap begini acap kutemui. Namun, paling ketara pada pelajar batch yang terkini. Pastinya aku juga penyumbang kepada kegagalan mereka. Tapi, menyalahkan aku sepenuhnya? Daku memang tidak akan punyai apa-apa pilihan dengan mereka.

Untuk pelajar-pelajar ini, daku halalkan apa sahaja yang daku tafsirkan ilmu kepada mereka. Daku doakan yang terbaik untuk mereka. Dan, andai akhirnya mereka 'masuk' ke kelasku, daku akan berikan apa yang mereka mahu - tidak akan tanyakan mereka apa-apa, tidak akan suruh mereka buat apa-apa dan tidak akan bertanggungjawab apa-apa dengan mereka.


Persoalannya, mampukah daku membiarkan mereka begitu?


Biarlah masa menentukan.


Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah, tapi perjuangan kamu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri! – Bung Karno

Wednesday, December 08, 2010

Santai: Yang Pertama selalunya istimewa ...

Oh, sudah hampir penghujung tahun rupanya ... Tahun yang paling tidak prolifik untuk tujuan berblog! Entahlah, tak tahu ke man perginya keinginan dan kemahuan itu. Mungkin akan kembali di tahun hadapan atau ... apa-apa sajalah.

Bukan mood yang hilang yang mahu daku ceritakan ... tetapi satu kegembiraan dalam takat kehidupan. Kehidupanku dan pastinya kehidupan mereka. Kisah kejayaan menamatkan pengajian.

Rasanya semua orang tahu bahawa Disember 2010 adalah tarikh bersejarah buat kampus UiTM Terengganu kerana telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan Istiadat Konvokesyennya sendiri (yang sebelum ini diadakan saban tahun di kampus induk). Dan, buat diriku, satu pengalaman manis kerana berkesempatan turut sama menjayakan peristiwa ini. Satu sejarah pastinya.

Biarlah mungkin secara tidak langsung, kesempatan berada di situ, meyaksikannya dan merasainya adalah sesuatu yang sangat sentimental. Perkara-perkara remeh begini kadang-kadang selalu kita terlepas pandang kerana kita lebih menumpukan kepada perkara besar yang menyedih dan menyusahkan ...



Dan, ini, adalah sebahagian daripada kami yang menumpang kegembiraan mereka. Gembira kerana kami adalah cebisan-cebisan yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan mereka. Kiranya positif yang diambil kira, maka, jadilah mereka seperti yang kami inginkan. Andai negatif yang ditimbang-timbang, kami langsung tidak punya makna.


(L-R) Mohd Asyraf Mohd Nasir, Aminuddin Zahil Ahmad, Nurfatihah Alias, Siti Ruqaiyah Othman, Cik Siti Marina Amit, yours truly, Mohamd Nor Azhar Noor Mohamed dan Mohd Basith Md Roni
(DPA July 07 - Apr 10)


Ini adalah sebahagian daripada mereka yang diraikan. Betapa gembiranya mereka. Merekalah pelakar sejarah pertama ini .. dan seperti selalu, yang pertama selalunya istimewa. Sememangnya mereka istimewa dalam cara mereka sendiri.


My dearest students,
With this education, you may become whatever you heart desire .. and this what scares me!


Signed:
A proud lecturer